Mohd Mukhlis Bin Mohd Nazri

My blogs

Blogs I follow

About me

Gender Male
Introduction Dilahirkan di Bandar Warisan Taiping pada tanggal 1 Januari 1985. Merupakan anak sulong daripada 3 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di TASKA ABIM Masjid India Taiping sebelum meneruskan pengajian di alam persekolahan di SRK King Edward VII-2 Taiping. Seterusnya beliau telah meneruskan pengajiannya di SMK Dr. Burhanuddin sehingga tahun 2000 dan berikutnya ke SMK Agama Kerian sehingga tamat SPM 2002. Pada usia 18 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin dalam diploma Syariah Islamiyah sebelum berpindah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun yang sama dalam jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan (Fiqh & Usul Fiqh). Merupakan aktivis yang aktif di dalam kampus dengan memegang beberapa jawatan penting sehingga tahun 2007. Beliau pernah bertugas sebagai setiusaha kepada pegawai khas Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak pada tahun 2008 disamping terlibat secara aktif dengan program- program motivasi dan pembangunan remaja di sekitar negeri Selangor. Pernah bertugas sebagai GSTT pada tahun 2008 dan kini beliau mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan kini bertugas sebagai guru