Smart Caliph Summer Camp

My blogs

About me

Industry Consulting
Location Bukit Tembaga, Mukim Padang Temak, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman, Malaysia
Introduction Sekapur Sirih.. Berkonsepkan pendekatan Emosi, Spiritual dan Fizikal dalam diri bakal peserta, julung kalinya pada kali ini program ini dianjurkan dengan memupuk rasa kesedaran yang mendalam tentang penghayatan asas menjadi muslim yang sebenar yang faham akan prinsip Ihsan(1), Iman (6) dan Islam (5) “Konsep 3i”. Ianya bertujuan membangkitkan kesedaran diri tentang menjadi pemimpin pada masa hadapan dikalangan peserta dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun di seluruh Malaysia. Program ini juga bertujuan untuk membentuk sikap berdikari dikalangan peserta tentang peranan mereka sebagai seorang anak, remaja,warga Malaysia dan khasnya tanggungjawab kepada agama. Peserta akan didedahkan dengan berperingkat mengenai penghayatan sebenar yang menekankan konsep Ihsan, Iman dan Islam melalui slot- slot LDK dan aktiviti yang bakal dijalankan. Diharapkan agar program seumpama ini dapat menjadi medium perubahan kepada diri setiap peserta dalam menjadi hamba Allah yang sedar akan tanggungjawab diri mereka sekaligus menjadi Insan yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga di akhirat