SEMENTERI
My blogs
| Introduction | Sekolah ini ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Changkat Jering menggunakan bahasa pengantar Melayu dan Inggeris. Pelajar rintis seramai 219 orang pada mulanya menumpang di SK Changkat Jering, kemudian berpindah ke SRJK(C) Sin Min, Simpang. Pada tahun 1967 bangunan utama siap dibina di atas kawasan seluas 5.41 hektar yang disumbangkan oleh YAB Encik Wan Mohamed Noor bin Wan Nasir. Bangunan asal terdiri daripada tiga blok bangunan dua tingkat, sebuah gelanggang badminton dan sepak takraw bersimen. Pada tahun 1968 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Tengku Menteri mengambil sempena gelaran yang diberi kepada Ngah Ibrahim bin Long Jaafar, seorang tokoh sejarah terkenal tanah air. |
|---|

