Silat Cekak Hanafi UMT

My blogs

Blogs I follow

About me

Location Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Introduction Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UMT (Universiti Malaysia Terengganu) adalah salah satu dari pelbagai persatuan yang telah lama bertapak di UMT, ahli kami di sini seramai 50 orang dan diketuai penyelia kami yang dihormati Abg Halim. Namun apa yang membezakan persatuan ini daripada persatuan - persatuan lain adalah sikap persaudaraan sesama ahli. Segala aktiviti dan kelas latihan kami diadakan di bawah perpustakaan UMT. Segala acara rasmi seperti ijazah dan sebangainya dijalankan di bilik khas yang ditempah untuk tujuan rasmi. Kelas latihan kami berjalan 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu (5.00pm - 7.00pm) dan Jumaat (8.30pm - 10.30pm) di bawah perpustakaan UMT. Kami semua sehati sejiwa dan bergerak sebagai satu kumpulan. Matlamat kami adalah untuk mengembangkan ilmu persilatan Melayu iaitu Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di UMT. Majulah silat untuk kita semua!! "Lemah Yang Dirasakan Itulah Yang Dikatakan Dapat"