Musafir Dunia

My blogs

Blogs I follow

About me

Gender FEMALE
Occupation عبادة لله
Location Kota Bharu, Malaysia
Introduction Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi. Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai. Biarkan kegelisahan lenyap. Jangan aku hilang semangat. Biar penderitaan itu menyapa. Agar kekuatan itu aku jana semula. Biarkanlah diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini, agar aku sedar kesengsaraan ini. Tidak sama bahkan hanya secebis daripada penderitaan Rasulullah s.a.w. Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya. Tapi aku yang menzalimi diri aku sendiri. Cahaya kelam pahala dosa. Aku berupaya memilihnya walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu. Namun peluang dari-Nya sentiasa ada. Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi. Dituruni ad-din memperhalusi akal. Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak. Ingin dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti. Ingin menjadi sebaik-baik umat. Tunduk sebagai hamba. Berjalan sebagai khalifah. Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”. Menyemai sepohon “taqwa”. Agar dapat berteduh dari kepanasan “nafsu”. Agar dapat berlindung dari angin hasutan “syaitan”. Dalam mencari KEREDHAAN ALLAH S.W.T. Ku menuju pada-MU Ya Rabb.
Favorite Music Ayatul Quran, Zikr Munajat, AL-anasheed, and All that is listenable that can soothe my mind.
Favorite Books Al-Quran Al-Kareem, La Tahzan