Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) PKPIM

My blogs

About me

Gender FEMALE
Introduction

Sekretariat Hal Ehwal Siswi (HEWI) telah dibentuk pada sesi 1968/69. Sekretariat ini pada asalnya bertanggung jawab mengurus hubungan yang lebih rapat dengan HEWI di setiap badan gabungan negeri PKPIM dengan menekankan hal-hal kebajikan, pendidikan, ekonomi wanita dan politik kampus. Dengan adanya sekretariat ini, ianya dapat membantu PKPIM merangka program yang lebih sesuai dan bermakna untuk dimainkan oleh golongan wanita terutama dalam menangani persoalan semasa dalam bentuk penyelesaian Islam. Pada sesi 2000/01, Sekretariat HEWI telah dinaiktaraf sebagai Majlis HEWI memandangkan wanita adalah entiti terbesar di dalam PKPIM. Majlis HEWI diharapkan mampu menjadi medan untuk melahirkan dan menampilkan wanita Islam yang ideal, bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah unggul dalam personaliti ke arah pembentukan generasi muda yang berketrampilan.