Agendadaily

My blogs

About me

Introduction Laman web ini yang sejak Julai 2001 diusahakan oleh ImageWorkfield Sdn Bhd kini dikendalikan oleh Agenda Daily Dot Com. Ia adalah milik penuh aktivis media tempatan dan dilahirkan atas impian untuk menyemarakkan lagi bidang kewartawanan negara ini menerusi pengenalan sebuah portal media yang formatnya mirip suratkhabar harian. Dengan mengambil pendirian yang bebas dan tidak memihak dalam laporannya, AgendaDaily berharap dapat memaparkan sesuatu isu atau kejadian atas asas "pure reporting" agar rakyat negara ini dapat menyelami dan memahaminya dalam perspektif peristiwa itu sendiri. Moga menerusi pengenalan laman web ini, rakyat berbilang kaum Malaysia tidak lagi perlu "tunggu hingga esok" untuk mendapatkan maklumat semasa.
Interests AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.