Cikgu Kimia

My blogs

About me

Location GOMBAK, SELANGOR, Malaysia
Introduction Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu mula dibina pada pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 15.4 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM 7 juta. Sekolah ini mempunyai 12 buah bangunan iaitu 3 blok bilik darjah, 1 blok makmal, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok rumah pertanian, 2 blok asrama, kantin, dewan makan, dewan besar dan surau. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu berstatus sekolah asrama harian yang pertama di daerah Gombak. Asrama ini didiami oleh pelajar-pelajar daripada rancangan khas. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu ini mula beroperasi pada 5 Disember 1998.Semua kerja-kerja pentadbirannya dijalankan buat sementara di pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu sehingga 28 Disember 1998. Urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu bermula pada 21 Disember 1998 hingga 28 Disember 1998.Pada 28 Disember 1998 urusan pentadbiran berpindah ke pejabat baru sekolah ini. Pada Januari 1999,sejumlah 260 orang pelajar tingkatan satu mula belajar di 8 buah kelas di sekolah ini. Seterusnya pada Julai 1999, Sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan salah sebuah Sekolah Bestari di dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.