FUAD RAZALI

My blogs

Blogs I follow

About me

Introduction SAYA dilahirkan di Pulau Pinang pada 1964 di kampung yang dikelilingi sawah. Ayah saya lulusan Sekolah Melayu, tidak pernah memasuki universiti. Emak pula suri rumah buta tulisan rumi tetapi celik jawi. Walaupun memiliki diploma dan ijazah dalam bidang Sains Pertanian, minat dalam bidang penulisan serta kemelesetan ekonomi selepas tamat pengajian membawa saya ke dunia kewartawanan. Menjadi wartawan sejak 2 Januari 1991. Sekarang menjadi Ketua Editor majalah Pendidik. Pernah bertugas selama 15 tahun 2 bulan di akhbar Berita Harian, termasuk sebagai Penulis Khas (Pendidikan) dan Ketua Biro Eksekutif Berita Harian Cawangan Kedah/Perlis. Pendidikan memang dekat dengan jiwa saya. Selain menulis berita dan rencana, saya pernah menghasilkan buku 'Ke Mana Selepas SPM?' (2003). Sekarang menjadi Yang Dipertua PIBG SMK Dato' Syed Omar Alor Star (sejak 2008), SK Sri Amar Diraja Alor Merah & SMV Alor Setar serta AJK PIBG SMK Tunku Abdul Malik Alor Merah (sejak 2008)& PIBG SMK Sultanah Bahiyah. Mantan AJK Muafakat MRSM Kubang Pasu.