KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4

My blogs

Blogs I follow

About me

Location Bandar Sultan Suleiman, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Introduction KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional pada 20 Jun 2004. Penubuham Kawasan Rukun Tetangga di Bandar Sultan Suleiman bertujuan untuk menyatukan masyarakat setempat melalui program dan aktiviti kejiranan, perpaduan serta khidmat masyarakat. Di samping itu, sebagai suatu medium untuk menjaga keselamatan serta keamanan kepada orang ramai khasnya di kawasan ini. Selaras dengan penubuhannya, Skim Rondaan Sukarela KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 telah di pohon dan diluluskan oleh JPNIN pada bulan berikutnya dengan penyertaan awal sebanyak 150 orang ahli sukarela. Kini SRS di KRT Fasa 4 telah melangkah jauh dengan rondaan harian pada setiap malam dari jam 11.00 malam hingga jam 6.00 pagi. Dari segi keberkesanan SRS di kawasan ini telah banyak mengurangi gejala-gejala yang tidak sihat samada dari segi jenayah, sosial dan sebagainya. Selaras dengan perkembangan semasa yang memerlukan komitmen jangka panjang, KRT Fasa 4 telah menubuhkan beberapa biro yang diharap dapat memperkasakan perpaduan serta khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.