SK SUNDAR

About me

Industry Education
Location Sundar, Lawas, Malaysia
Introduction Sekolah ini telah dibina pada tahun 1950-an. Walaubagaimanapun ianya dibina semula pada pertengahan 1950-an apabila roboh kerana bahan binaan yang tidak konkrit setelah dilanda ribut. Sekolah Kebangsaan Sundar diasaskan oleh ketua-ketua masyarakat kampung-kampung di sekitar Sundar. Pada asalnya, sekolah ini dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini diupah oleh penduduk kampung daripada hasil kutipan dan sumbangan pihak lain. Pada tahun 1958 sekolah ini telah dipindahkan dan mula beroperasi di tempat sekarang ini dimana bangunan yang dibina oleh Lawas District Council (LDC). Tenaga pengajar juga diurus oleh LDC. Sekolah Kebangsaan Sundar ini pernah dinamakan LDC School Sundar dan Central Malay School Sundar Sebelum ditukar kepada nama sekarang. Banyak penambahbaikan yang telah dilakukan selain daripada bilik darjah termasuklah pertambahan bilik-bilik khas seperti pusat sumber, bilik agama, pejabat pentadbiran, bilik computer dan juga bilik pemulihan