susah nak komen.. sebab i dah terbelanja barangan dapur tadi sebab plan esok malas nak keluar rumah dah.. i usually spend my sunday kat rumah dengan my two kitties ni :)
sy pun x pernah tau..even duk mesia ni..haha..mmg x relevan...sbb mcm2 pun mesti ada gak kena belanja..dibuatnya susu anak abih hari tuh...x kan nak tunggu esoknya pulak br beli..kebulur la anak nnt..sgt2 x relevan..
Masih ramai tak endah Hari Tidak Berbelanja2010/07/17 PETALING JAYA: Kesedaran masyarakat terhadap kempen Hari Tidak Berbelanja masih rendah walaupun ia disambut buat kali ketiga sejak 2008.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj, berkata masih terdapat sesetengah pihak beranggapan kempen berkenaan diadakan bagi ‘membunuh’ peniaga kecil.
“Pada tahun ini kami menyebarkan 40,000 risalah kepada pengguna, bagaimanapun ia belum memberi kesan kerana masih ramai pengguna membeli-belah pada tarikh berkempen, 16 Julai setiap tahun.
“Saya menegaskan kempen ini tidak melawan perniagaan, tetapi lebih kepada mendidik pengguna berikutan kecenderungan mereka untuk berbelanja berlebihan daripada keperluan. Kempen ini juga menarik minat beberapa pihak kerana ia berbentuk pendidikan secara berterusan,” katanya pada sidang media ketika melancarkan kempen berkenaan di sini, semalam.
Menurutnya, kempen yang berasaskan kesedaran diri dalam berbelanja itu mampu memberi kesan terhadap kualiti hidup masyarakat bukan saja berjimat, tetapi juga menjaga alam sekitar.
[Image]
6 Comments
Close this window Jump to comment formsusah nak komen.. sebab i dah terbelanja barangan dapur tadi sebab plan esok malas nak keluar rumah dah.. i usually spend my sunday kat rumah dengan my two kitties ni :)
17 July 2010 at 19:03
ada juga ye..xtau pon..
17 July 2010 at 19:13
xpernah tau lak..macam tak relevan jer..hihi
17 July 2010 at 23:41
yerlah.. tak sesuwai jer kempen ni.. hmm..
18 July 2010 at 06:59
sy pun x pernah tau..even duk mesia ni..haha..mmg x relevan...sbb mcm2 pun mesti ada gak kena belanja..dibuatnya susu anak abih hari tuh...x kan nak tunggu esoknya pulak br beli..kebulur la anak nnt..sgt2 x relevan..
ps : me belanja riban2 hari tuh..huhu..
18 July 2010 at 07:40
tak penah dgr plak..hihih..
but, bg saya, not practical at all..
19 July 2010 at 11:34