anyway, me terbaca psl citer ni kat utusan online: rasanya memang pro comper gak ni--sbb siap menang 2 pakej holiday dari contest yg sama tu...
Pakej percutian ke Oman kejutan daripada isteriKUALA LUMPUR 19 Okt. - Seorang suami yang baru pulang daripada
bertugas di luar kawasan menerima kejutan apabila diberitahu memenangi
pakej percutian selama lima hari tiga malam ke Oman bernilai RM15,000
dalam Peraduan Kumpul dan Menang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia Edisi Hijau D. Penolong Pegawai Hidupan Liar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara, Khairull Anuar Saaidun, 50, berkata, hadiah tersebut
merupakan kemenangan berganda selepas isterinya membawa pulang pakej
percutian ke Korea dalam peraduan yang sama. "Saya tidak diberitahu tentang kemenangan ini sehingga terjumpa satu
sampul surat atas nama saya ketika membuka almari pakaian sejurus pulang
dari bertugas di luar kawasan," katanya ketika ditemui pada majlis
penyampaian hadiah di sini hari ini. Hadiah disampaikan Pengurus Jualan Daerah Oman Air, Kathleen Leong
yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Harmony Tour
& Travel Sdn. Bhd., Cooper Huang. Menurut Khairull Anuar, dia menghantar sebanyak 300 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh dua minggu tersebut. Sementara itu, Kathleen berkata, pemenang akan menikmati layanan
istimewa sepanjang perjalanan tersebut, bermula daripada penerbangan
dengan kemudahan yang dipertingkatkan untuk keselesaan penumpang,
sehinggalah penginapan dan lawatan yang diatur.
5 Comments
Close this window Jump to comment formi wish me pun menang percutian oversea...:-)
21 October 2012 at 12:45
i wish i menang cuti overseas with hubby... dulu pergi sorang je.
21 October 2012 at 16:25
Wah.. teruja bila baca dia buat surprise untuk suaminya..Bertuahnya.. Kak Suzie tentu satu hari akan dapat juga.. Insya-Allah.
21 October 2012 at 18:40
bestnya...i wish i bleh buat kejutan cm tu kt si suami...hehe
22 October 2012 at 12:28
Always want to live in fairy tales (picture) http://www.favewallpapers.com/25592-castle-rock-akimfimin-waterfall-art-ship-sunset-bridge.html
15 October 2014 at 22:11