@permata biru : me pun tak suka tgk org buat duckface :p
@transformed housewife : siyes sgt betul tu heheh
@chekgu azrine : tp bagi me, u memang kategori cantik--so silalah cuba2 berselfie hehehhe
11 November 2013 at 09:48
nowadyas most of us pakai smartphone yg ada camera tu...so memang ramai ler yg jd selfie ie snap pic muka sendiri :p..dh snap tu ok lg..then rajin plak upload kat fb/insta...emmmm
those yg suka selfie ie snap pic muka sendiri (close-up and kdg2 dgn pelbagai memek muka), then post kat fb or insta...sedikit sebyk deep in their heart mesti diaorg perasan diaorg cantik kan :p :p
and personally--me rasa annoying tgk pic org2 yg suka buat 'duckface' :p
Bukan isu besar kalau kita perhatikan ramai remaja tak kiralah sama ada
si gadis atau si jejaka suka tangkap gambar sendiri pada zaman sekarang.
Apatah lagi cabang media sosial yang semakin banyak membuatkan mereka
semakin obses untuk tonjolkan diri sendiri dalam kalangan rakan lain.
Perempuan terkenal dengan sikap yang suka cantik dan sedikit
menunjuk-nunjuk sekiranya penampilan terlebih cantik pada hari tertentu.
Oleh itu, sikap ini secara tak langsung akan membuatkan mereka cuba
berkongsi kegembiraan dengan rakam gambar sendiri untuk dimuat naik di
laman sosial.
Bagaimanapun, lain pula kisahnya turut terkena tempias tabiat ini.
Lelaki yang terkenal dengan sikap ‘macho’, ego dan tegas juga tidak
dapat tahan diri daripada tidak ‘selfie’. Tarikannya terlalu kuat hingga
mampu buatkan golongan ‘control macho’ turut tergolong dalam kelompok
ini.
Sukar dimengerti
Selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri
(self-potrait). ‘Selfie’ juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan
gambar sendiri yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Perbuatan ini
bukanlah dikategorikan sebagai salah, tetapi apabila semakin ramai yang
gemar ‘selfie’ walau di tempat tak sepatutnya, ia agak menjengkelkan.
Tabiat suka tangkap gambar sendiri ini ibarat virus kerana sudah merebak
kepada semua golongan. Tak kiralah, anak gadis, mak cik, pak cik, ibu
bapa atau saudara-mara, gambar ‘selfie’ boleh dikatakan wajib ada dalam
akaun laman sosial masing-masing.
Tak keterlaluan jika penulis berpendapat, ‘selfie’ boleh dikategorikan
sebagai tabiat yang sukar dimengertikan. Sehingga ke hari ini, bukan
saja wanita yang mahu tonjolkan penampilan dan paras rupa seharian,
tetapi kaum lelaki juga tidak mahu ketinggalan malah ada di antaranya
lebih obses berbanding wanita.
Depan cermin
Diakui, melihat gambar ‘selfie’ yang dimuat naik di laman sosial
membuatkan penulis tertanya-tanya, kenapa perlu rakam gambar sendiri di
tempat tak sepatutnya? Sebagai contoh, banyak gambar ‘syok sendiri’ ini
boleh dikatakan dengan ‘pose’ di depan cermin.
Mungkin pantulan imej daripada cermin boleh menampakkan seluruh tubuh
pemilik kamera, sekali gus tercapai hasrat untuk berkongsi penampilan
harian dengan rakan lain. Jika itu sebabnya, ia boleh difahami, tetapi
apabila si ‘selfie’ terlalu aktif hingga tidak boleh bezakan lokasi
mungkin akan buatkan dia kelihatan seperti obses dengan rupa paras
sendiri.
Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baru dan
ibarat lokasi wajib untuk ‘selfie’. Paling banyak dilihat adalah
‘selfie’ di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa
perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan
keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari
kepada satu golongan saja, si jejaka juga tak kurang hebatnya.
Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di
tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan.
‘Duckface’
‘Duckface’ merujuk kepada pose memuncungkan mulut seperti itik. Dengan
bibir yang dimuncungkan, ada beranggapan ia boleh menampakkan tulang
pipi sekali gus membuatkan wajah si ‘selfie’ kelihatan berbentuk bujur
dan tidak terlalu bulat.
Mungkin faktor itulah membuatkan gaya ini menjadi ‘trademark’ si gadis
apatah lagi apabila bibir diwarnakan dengan gincu warna terang. Cukup
menggoda! Jangan terkejut apabila ada juga lelaki sukakan gaya ini
apatah lagi apabila ‘selfie’ beramai-ramai dengan rakan wanita.
Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga
antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya
berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak
di bawah dagu.
Gaya ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa terutama golongan
berbadan besar tetapi pandangan ini dikongsi melalui forum dan blog yang
menceritakan mengenai isu ini.
Obses diri sendiri
Itu tanggapan sesetengah individu yang tak gemar ‘selfie’. Bagi mereka,
sesiapa yang suka rakam gambar sendiri lebih kepada masalah syok
sendiri. Obses dengan rupa paras dan penampilan diri hingga terlalu
yakin untuk berkongsi dengan orang ramai.
Obses di sini merujuk kepada mereka yang terlalu aktif ‘selfie’
hinggakan dalam satu hari, lebih lima gambar ‘selfie’ dimuat naik di
laman sosial hingga membuatkan orang mula menyampah. Hakikatnya ramai
gadis cantik dan jejaka tampan turut obses dengan ‘selfie’ contohnya
seperti selebriti atau ‘public figure’ lain.
Oleh kerana mereka mempunyai ribuan peminat, keadaan kadang-kala
mendesak mereka untuk muat naik gambar sendiri kerana tidak mahu
mengecewakan peminat. Itu kisah selebriti, bagi orang biasa pula, apa
nak dikisahkan dengan pandangan orang asalkan anda buat perkara yang
boleh membahagiakan anda, sudah memadai.
Walaupun ramai beranggapan ‘selfie’ adalah perbuatan syok sendiri tetapi
dari segi positifnya, lebih baik obses dengan diri sendiri daripada
obses dengan orang lain yang jelas tiada faedahnya. Teruskan ‘selfie’
dan pedulikan pandangan sinis orang lain walaupun ketika anda sedang
‘selfie’ beramai-ramai di tepi jalan!
5 Comments
Close this window Jump to comment formtak cukup gagah nak ambik selfie sebab tau tak cantik haha
8 November 2013 at 09:21
hehe suka selfie tp xsuka duck face..eeeiikkk..
8 November 2013 at 11:50
tak pernah nak cuba selfie sbb takut terambik gambar lubang hidung. hehe
8 November 2013 at 15:24
Jarang sangat selfie sbb camtula..nti org akn perasan macam kita cantik sgt ek..hehe
9 November 2013 at 08:47
@mira : sama ler kita :)
@permata biru : me pun tak suka tgk org buat duckface :p
@transformed housewife : siyes sgt betul tu heheh
@chekgu azrine : tp bagi me, u memang kategori cantik--so silalah cuba2 berselfie hehehhe
11 November 2013 at 09:48