doktor GH harus sedar yg mereka dibayar gaji untuk memberi khidmat mengubati penyakit kpd masyarakat. itu dah mmg tugas hakiki. bukan nya buat sambil lewa. bukan setakat doktor. tapi para nurse pun patut sedar tugas hakiki mereka yg telah dibayar gaji nya. ini bukan lah semua. tapi segelintir yg mana saya pun pernah kena. dan saya juga pernah je cek dgn doktor n misi dgn layanan 1st class.
Ya Allah..kesiannya budak ni..sebab kecuaian pihak hospital orang lain jadi mangsa.. memang kena tuntun ganti rugi..ingat jari tu ade tukar ganti ke..ingat macam cicak ke putus ekor boleh tumbuh balik..tu sebab la orang tak nak gi spital kerajaan..
me sgt geram+emo bila dgr psl berita tu--mula2 me dgr kat dlm radio sinar fm, then adik me plak bagi link Kosmo Online..uolls dh baca ker belum?
siyes sgt2 kesian...baby tu akan jd cacat seumur hidup--sbb kecuaian doktor kat hospital besar kota bahru tu...(personally, me & family ada kenangan pahit kat hospital ni..)
[Image]
ISMAIL Lee memangku Nur Ayreen yang menderita kerosakan tisu jari.
MACHANG – Hati ibu bapa mana tidak luluh dan kecewa apabila jari tangan kiri anak kesayangan yang dilahirkan sempurna tiba-tiba mengalami kerosakan satu demi satu berpunca daripada kelalaian orang lain. Bagi Ismail Lee Abdullah dan isterinya, Zuhariana Baharum, kedua-duanya, 30, masalah tersebut sangat merisaukan apatah lagi apabila memikirkan bahawa anak mereka akan membesar tidak seperti kanak-kanak lain.
Dakwa mereka, jari dan tangan kiri Nur Ayreen Imanie, 6 bulan, tiba-tiba menjadi hitam dan mengecut selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami masalah pernafasan pada Mac lalu.
Ismail berkata, pada mulanya tangan kiri anaknya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari.
Beliau kemudian terus merujuk anaknya itu ke HRPZ II sekali lagi sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya.
Menurutnya, ketika di HRPZ II, doktor menjalankan ujian imbasan dan mengesahkan terdapat saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.
Bayi itu kemudian diberikan ubat pencair darah bagi mengatasi masalah tersebut namun tidak berkesan. Menurutnya, setakat ini tiga batang jari tangan kiri sudah tanggal dan hilang akibat masalah tersebut manakala dua lagi batang jari sedang menghadapi masalah yang sama.
note : ni salah satu sebab me lost confidence dgn GH..sbb ada sorang dua doktor yg cuai/incompetent bodo...
16 Comments
Close this window Jump to comment formYa Allah..kesian nya baby tuh...careless doktor ni!
11 July 2011 at 13:46
kcian baby tu..huhu~
11 July 2011 at 14:00
ades meniti air mata ni bca siyes hati ni fragile je bila kes pasal baby nie, depa tu mana la paham kan kak..
11 July 2011 at 14:15
kesian baby tu...lahir sempurna..cantik. ni yang takut kalo nak ke GH ni...banyak doktor pelatih yang masih belum terlatih.
11 July 2011 at 14:17
doktor GH harus sedar yg mereka dibayar gaji untuk memberi khidmat mengubati penyakit kpd masyarakat. itu dah mmg tugas hakiki. bukan nya buat sambil lewa. bukan setakat doktor. tapi para nurse pun patut sedar tugas hakiki mereka yg telah dibayar gaji nya. ini bukan lah semua. tapi segelintir yg mana saya pun pernah kena. dan saya juga pernah je cek dgn doktor n misi dgn layanan 1st class.
11 July 2011 at 14:22
Itula, baby yg tak berdosa jadi mangsa..
GH nie kekadang camtu la, banyak kes berlaku dari GH... :(
11 July 2011 at 14:24
kesiann bb...sapa nak responsible niee? :(
11 July 2011 at 14:33
ya Allah. kesiannya baby tu. apa punya dokter la macam ni.
11 July 2011 at 15:00
ada baca kt paper tadi
kesian bb tu
11 July 2011 at 16:19
Ya Allah..kesiannya budak ni..sebab kecuaian pihak hospital orang lain jadi mangsa.. memang kena tuntun ganti rugi..ingat jari tu ade tukar ganti ke..ingat macam cicak ke putus ekor boleh tumbuh balik..tu sebab la orang tak nak gi spital kerajaan..
11 July 2011 at 16:28
Allahuakbar smpi bila la msti Ada kes mcm ni, mcmana dgn ms dpn Anak yg tak bdosa tu... Kesian lah
11 July 2011 at 16:30
cian baby tue kan..huhu
11 July 2011 at 18:24
sedihnya!
11 July 2011 at 18:33
wajib saman nih!!
12 July 2011 at 10:46
Huhuhuhuhu...siannya baby tu, dah lah comel.
12 July 2011 at 12:05
saman jangan x saman
5 February 2012 at 10:05