mcm tak logik, zalim dan bersifar kebinatangan tapi benar2 berlaku...uolls dh baca ker? kat harian metro
GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin. Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
[Image]
14 Comments
Close this window Jump to comment formya allah apa nak jadi ngan ayah dia ni.......kesian baby tu...
8 October 2011 at 17:04
bkn manusia dh bapak budak ni...
8 October 2011 at 17:09
subhanallah...tak terucap dgn kata-kata...
8 October 2011 at 17:11
haiwan pun sayangkan anak....
8 October 2011 at 17:32
akhir zaman.
8 October 2011 at 17:40
gila punya manusia!!
8 October 2011 at 18:01
ya allah...anak yg tidak tau ape2 menjadi mangsa...bapak sendiri sanggup buat kt anak...subhananllah..
8 October 2011 at 18:17
terus emo..n rse nak marah prg pas baca ni..huhu klo depan mata rse nak tikam2 je binatang tu..over makyong ni..sedih
8 October 2011 at 20:34
mak aih.. gile sungguh.. dunia akhir zaman..
8 October 2011 at 20:45
gila toll..... haihh !!
8 October 2011 at 21:43
otak letak kat lutut.. nafsu letak kat kepala... ni la jadinyaa.. grrrrrrrrr!!!
9 October 2011 at 00:38
dh baca..ntah pape je ayah die tue..ble nafsu dh kawal pikiran..huhu..cian anak itu..anak sendiri kot..
9 October 2011 at 17:58
mmg bengang betoi la bile tau cter gini!!!
9 October 2011 at 23:17
baru smpt baca..seyes sgt terkejut.
10 October 2011 at 20:15