lagi sedey baca citer sahabat di Ireland tu.. moga2 ade yang mbantu mengurangkan beban kewangan.. lebih2 lagi berada di negara orang...
Insya Allah, kakyong akan atasi masalah loan rumah ni.. cuma yg tertunggak ni memang kena bayar jugak.. sbb kwsp hanya byr yg akan dtg jer.. bukan yang tertangguh..
terima kasih suzi.. i own u one two three & more..
hari ini kita di atas, esok2 mana tau kita kat bawah plak kan...hari ni kita happy2...esok2 kita masih belum tahu sama ada kita masih boleh happ2y atau mungkin tiba2 jer kita bersedih atas apa jua perkara kan...
last few days, me ada dpt email, kiranya kutipan fund utk one postgrad student yg tgh buat phd kat UK, jd mangsa accident...sedih me baca, sbb kebetulan they all plan nak balik Msia April ni, mcm me & family..
me mohon uolls doakan yer..moga2 segalanya akan dipermudahkan...ni citernya..me copy paste dari my inbox:
Pada hari Sabtu (19/3/2011) saudara Hisham (suami kepada saudari Aslina -
Pelajar PhD Computer Science tahun akhir di Loughborough University) telah
terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di bandar Loughborough. Saudara Hisham
telah dilanggar oleh sebuah bas dari arah belakang sewaktu beliau sedang
berjalan di bahu jalan.
Berikutan daripada itu, saudara Hisham telah dikejarkan ke Royal Infirmary
Hospital, Leicester. Mengikut laporan doktor, beliau mengalami 3 kecederaan di
bahagian spinal, shoulder dan brain. Dikatakan ada blood clot di brain, namun
didoakan agar ianya dapat sembuh tanpa memerlukan rawatan lain. Buat masa
sekarang, doktor telah memasang 'halo braces' di kepala saudara Hisham. Alat
tersebut juga dikatakan sebahagian dari rawatan untuk spinal injury yg perlu
dipakai selama 3 bulan. Rawatan susulan akan dijalankan selepas itu.
Sedikit maklumat tambahan, saudara Hisham dan saudari Aslina mempunyai seorang
anak yang berumur setahun lebih. Mereka dijangka pulang ke Malaysia Apil ini kerana elaun dari sponsor yang diterima hanya sehingga April 2011. Namun, memandangkan masalah yang dihadapi sekarang, mereka terpaksa menangguh kepulangan ke Malaysia. Oleh itu, mereka mungkin akan mengalami masalah kewangan memandangkan tempoh rawatan yang agak lama dan saudara Hisham juga tidak dapat meneruskan pekerjaan beliau sepanjang tempoh ini.
Sehubungan dengan itu, sebagai salah satu cara untuk meringankan beban yang
ditanggung mereka, IKRAM UK Eire melancarkan satu tabung Derma Ikhlas. Berikut
adalah maklumat bank untuk sesiapa yang ingin menderma:
UK
Account name: MSM Appeal
Account no: 31458272
Sort code : 40-31-17
Bank : HSBC
Ref: ICLboro
Ireland
Account name: Noor Azleen Ahmad Tarmizi
Account no: 21850012
Sort code: 904018
Bank: Bank of Ireland
Ref: ICLboro
Tarikh tutup kutipan tabung: 5 April 2011
Minta jasa baik semua untuk memanjangkan hebahan tabung Derma Ikhlas ini kepada
kenalan dan masyarakat setempat. Sama-sama kita mendoakan agar saudara Hisham
sekeluarga diberikan kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.
Sabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api
Neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia
lakukan.” (Riwayat Muslim)
and then, me ada jugak baca blog Kak Yong....psl dia mintak tlg..kot2 ada saper2 yg nak beli brg2 kat her blogshoppe...Kak Yong tgh mengalami financial difficulties...ada citer lanjut kat her blog ...
Kami sebenarnya amat2 perlukan cash.. sekurang2 nya RM1k lagi untuk settlekan ansuran rumah yang sudah 3 bulan tertunggak.. biarlah ibu rahsiakan jumlah yang sebenarnya.. actually sejak dari tahun lepas lagi, kami akan terima surat dari peguam 2 bulan sekali menuntut bayaran instalment yang tertunggak.. kalo kurang dari 2 bulan, bank takkan antor surat peguam. hati jadi semakin sedih dan riso sekiranya bank tarik rumah kami ni.. [Image] dulu ibu riso jugak.. tapi tidak serisau kali ini.. Owh, jangan salah faham.. ibu bukan nak minta kome sedekah duit kat ibu.. tapi nak mintak tolong kome… beli produk yang ade di Kakyong’s shoppe..
sudi2kan terjah Kak Yong Shoppe yer...bukan dia nak mintak derma ke apa, just nak mintak tlg beli kalau berminat or tlg war2kan kpd saper2 yg berminat bak beli CD, bj bb like busha etc...dia nak abiskan stok brg2 utk bayar instalment rumah yg dh tertunggak few months...kesian Kak Yong..:(
selain busha & CD, ni antara brg yg menarik hati me kat Kak Yong Shoppe tu.. Sesuai dijadikan hadiah untuk kawan-kawan yang baru bersalin @ mendapat cahayamata.
Setiap set terdiri daripada : 4 helai romper (2 helai utk 3 mth + 2 helai utk 6 mth)dan 5 helai saputangan comel. harga :RM40 38 per set [Image] pack A & B - availablepack C - sold
[Image] Pack A, B & C - available note : hati selalu tersentuh bila baca psl apa2 musibah ke atas kwn2 sesama Muslim...
6 Comments
Close this window Jump to comment formyelah kan sis..ini time kawan2 ditimpa dugaan.kite kena tolong dan doakan agar Allah permudahkan segala urusan mereka.
27 March 2011 at 17:16
memang kesian dengan nasib mereka yang di landa kesusahan..
oh yer..nak tanya kamu nama train apa ek dari nott ke london..
27 March 2011 at 17:44
terima kasih MZ..
lagi sedey baca citer sahabat di Ireland tu.. moga2 ade yang mbantu mengurangkan beban kewangan.. lebih2 lagi berada di negara orang...
Insya Allah, kakyong akan atasi masalah loan rumah ni.. cuma yg tertunggak ni memang kena bayar jugak.. sbb kwsp hanya byr yg akan dtg jer.. bukan yang tertangguh..
terima kasih suzi.. i own u one two three & more..
27 March 2011 at 18:23
ya allah..kesian nya..sedih ifa baca nie..ifa doakan moga allah permudahan urusan mereka..
kakyong..chaiyok2!
27 March 2011 at 19:55
wah..bagus la mz nih..insyaALLAH..na doakan sume ok..!!
27 March 2011 at 20:02
semoga dipermudahkan segala urusan, amin
28 March 2011 at 00:33