saya sgt yakin semua visitors and readers kat blog me ni mampu derma RM1...blog me ni...blog bilis..so UV dlm 800+ jer everyday..so tambah tolak cincai2 boleh dpt RM800 at least kalau sorang derma RM1..kalau nak derma lebih RM1 pun Tuhan ajer yg mampu membalas segala derma ikhlas uolls
derma utk apa? utk tolong mereka yg dlm kesempitan.. setiap rezeki yg kita dpt ada portion utk org lain jugak dlm rezeki kita tu..dan derma ikhlas kita tu yg akan jd saham dan penolong, pemberat timbangan di hari akhirat Insya Allah
Teringat lagi ketika Arwah Ayah sakit
dulu. Kak Na (Mak sepupu) yang telah banyak membantu menghantar ayah ke
hospital Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan tanpa mengharapkan
sebarang balasan. Kadang-kadang kami hulurkan duit untuk isi minyak,
banyak kali juga ditolaknya. Katanya dia ikhlas membantu.Beberapa tahun berlalu. Balik beraya
baru ini, saya dikejutkan yang suami Kak Na yang bekerja dengan syarikat
kontraktor (makan gaji) dimasukkan ke hospital kerana stroke. Beberapa
hari sebelum puasa dimaklumkan yang dia turut ada penyakit darah tinggi
dan juga gout. Memburukkan keadaan dia sudah tidak mampu berjalan jauh
dan terpaksa berhenti kerja. Beberapa bulan di rumah sehingga kini, Kak
Na la yang meneruskan tugas sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki
menampung Suami yang sakit dan anak-anak yang masih bersekolah.Dilema seorang Isteri/Ibu, Kak Na
hanyalah bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berdekatan dengan gaji
RM600 sebulan. Anak-anak seramai 6 orang, 5 daripada masih bersekolah.
Seorang di Uitm dan yang lain-lain masih bersekolah. Berat sungguh
bebanan yang ditanggung oleh Kak Na saya.
Semasa raya pertama, sempat beraya di rumahnya. Pak Dollah (suaminya)
hanya mampu berjalan dengan dipimping (gambar sebelah kiri). Sedih bila
mendengar kisah mereka. lagila Gaji bawah RM1K sudah dikira di bawah
paras kemiskinan. Khabarnya Kak Na bakal menjual keretanya bagi
menampung kehidupan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang
memikul.Bantuan cuba diperolehi dengan pihak
yang sepatutnya namun pelbagai prosedur yang perlu diperolehi dan
memakan masa yang lama. Nak dapatkan ‘sokongan’ dari JKKK dan pelbagai
lagi. Fuhh, nak menolong orang susah pun susah kan?....... Di sini, eyriqazz ingin mengambil kesempatan untuk meminta bantuan
dari rakan-rakan, sudilah sekiranya menghulurkan bantuan buat Kak Na @
Mak Sepupu eyriqazz. Sumbangan bolehla disumbangkan ke akaun berikut : Nama : Abdullah Bin Karbak (Suami Kak Na @ Pak Dollah)No Akaun Maybank : 106043120718Semoga Allah membalas segala jasa baik pembaca yang sudi menghulurkan
bantuan…..Hari ini hari dia, entah esok lusa, hari kita pula?
No comments yet.
Close this window