meniti usia baligh

My blogs

About me

Introduction Peningkatan usia dari kanak-kanak ke remaja merupakan suatu fitrah yang sememangnya dikurniakan oleh Allah swt. Peningkatan ini akan lebih ketara apabila seorang remaja itu mula memasuki usia baligh. Barangkali ramai dikalangan kita yang memandang enteng tentang perubahan memasuki usia baligh ini. Justeru menyebabkan anak-anak remaja tidak mampu menghayati & menghargai nilai perubahan baligh yang dilaluinya. Sedangkan, sebaik sahaja memasuki usia Baligh, terdapat pelbagai perubahan yang akan berlaku samada dari aspek fizikal, mental mahupun spiritual. Tambahan pula, perubahan usia Baligh ini bakal memberi satu tanggungjawab besar kepada Allah & Rasul. Sehubungan dengan itu, Kelab Remaja JIM ( KRJ ) telah menginisiatifkan sebuah program yang diberi nama Meniti Usia Baligh yang bertujuan untuk mengajar anak-anak remaja kita agar menghayati & menghargai Usia Baligh yang telah mereka lalui ini.