MP SUBANG P107 - R SIVARASA

My blogs

About me

Introduction YB R Sivarasa telah dilantik sebagai Ahli Parliament Subang pada Pilihanraya Umum ke 12 - 8hb March 2008 R. Sivarasa, 52, merupakan seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia yang di- hormati. Beliau adalah Naib presiden Parti KeADILan Rakyat, dan salah seorang pengasas Suara Rakyat Malaysia (), organisasi hak asasi utama Malaysia. Sivarasa telah mendirikan rumahtangga dengan Anne James, seorang guru yang dihormati, pejuang pendidikan dan seorang pelakon teater dan lem terkenal. Sivarasa memiliki ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Genetik dari Universiti Malaya sebelum meneruskan pendidikannya di dalam bidang undang- undang di Universiti Oxford di bawah program biasiswa Rhodes. Beliau telah mempertahankan serta memperjuangkan kepentingan awam, hak asasi manusia dan kebebasan majmuk di Malaysia selama lebih daripada 20 tahun. Semangatnya yang tabah dan cekal memperjuangkan keadilan telah menggalak- kan ramai anak muda untuk bergiat dalam perjuangan hak asasi manusia dan meletak- kan khidmat sebelum kepentingan sendiri.