Majlis Perwakilan Pelajar USM

My blogs

About me

Industry Education
Location Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
Introduction

Perlembagaan Universiti Sains Malaysia

Seksyen 70

Perkara (11) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar-pelajar Universiti;

(b) menyusun dan menyelia, tertakluk kepada arahan Naib Canselor, aktiviti kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;

(c) membuat representasi kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;

(d) untuk menyertai mana-mana mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar;

(e) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh mengikut sesuatu Kaedah-Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan

(f) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa.