melikapakjangak

My blogs

About me

Location Malaysia
Introduction ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com - blog kelolaanku digodam dan dileburkan oleh penyangat siber, aku bina melikapakjangak.blogspot.com sebagai ganti. Itulah aku yang tidak pernah takut untuk kalah atau gagal dalam hidup dan dalam apa yang dibuat. Dengan menggunakan nama Melipriapapa MH, Putera Halimariam, M. Ramliey A.H., Qalam Al-Islami, Wak Kedat, Wak Spy Malam, Mek Ketu Ketih, Haji Long Kopiah Bulat, Meli Saiko dan Putera Kunjarakunja, aku yang dilahirkan pada 20-10-1956 di Kampung Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan mula menjadi pengamal media sejak tahun 1973, sejak itu aku tidak pernah berhenti menulis sama ada penulisan kreatif atau non-kreatif. Bekas Ketua Biro Harian Watan di Kelantan, pernah bertugas secara kontrak dengan Kerajaan Pas Kelantan selama lapan tahun, mula-mula sebagai pengarang tetapi kemudian diturunkan status kepada penolong pengarang. Kini menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku melalui tiga syarikat iaitu Meli Medialpus, Meli Infomedia dan Meli Industry. - RAMLI ABDUL HALIM meli_industry@yahoo.co.uk melimediaplus@yahoo.com editorfajar@gmail.com melindu@streamyx.com