RzaiRashid

My blogs

About me

Gender Male
Industry Investment Banking
Occupation Manager
Location Cheras, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Introduction Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu ke mana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja. Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu. Saya dapati artikel ini terlalu banyak terdapat di dalam internet tetapi tiada maklumat mengenai penulis sebenar. Sekiranya anda tahu siapa yang memiliki artikel ini, dan di mana sumbernya, sila beritahu saya. Saya harap strategi untuk mencapai kejayaan dan memiliki kekayaan diatas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan cepat.
Interests Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan. Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”. Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif. Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan. Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.
Favorite Movies a great introduction to science fiction movie, romantic, action, funny
Favorite Music a great introduction to classical, jazz, rock, indie, reggae, rap, blues, opera, soul, r'n'b, pop.
Favorite Books romantic novels, succes book