Ustaz Shauqi Othman

About me

Gender Male
Industry Education
Occupation Lecturer
Location Selangor, Malaysia
Introduction Nama sebenar ialah Mohd Sukki Bin Othman. Juga dikenali sebagai Ustaz Shauqi. Dilahirkan pada tahun 1974 di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bersekolah di SMK Agama al-Irshad, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang (1987-1991). Melanjutkan pengajian di Yarmouk University, Jordan (1992-1996) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Syariah Islamiah. Mendapat Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001. Seterusnya, memperoleh PhD dalam bidang I'jaz al-Quran dari Universiti Malaya. Di samping itu terlibat dalam mengendalikan ceramah agama dan motivasi di TV seperti dalam rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9, rancangan 'al-Kuliyyah' di TV3, rancangan 'Anda Musykil' di TV1, slot di TV al-Hijrah dan TV Astro Bernama. Juga pernah dijemput untuk mengisi slot di Radio IKIM, Salam FM, Klasik Nasional, Nasional FM dan Radio Bernama. Dalam bidang penulisan, menjadi kolumnis dalam beberapa majalah seperti 'Solusi', 'Fardu Ain', 'al-Ustaz', 'Milenia Muslim' dan lain-lain di samping menghasilkan buku umum dan buku sekolah. Email: shauqi02@yahoo.com