INSAN

My blogs

About me

Location Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Introduction Yayasan Pembangunan Modal Insan Putrajaya (INSAN) digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang mahu membawa perubahan di Putrajaya. Fokus utama adalah untuk memastikan potensi modal insan Putrajaya ditingkatkan ke tahap paling maksimum agar mereka menjadi insan berguna, seterusnya membolehkan masyarakat Putrajaya serta negara kita terus makmur dan sejahtera. Di INSAN, kami amat memberi perhatian terhadap setiap bakat, kebolehan, minat dan cita rasa ahli. Setiap ahli akan diberi ruang dan peluang untuk menggerakkan aktiviti yang paling sesuai dengan cita rasa dan kebolehan mereka. INSAN akan berusaha sedaya upaya membuka ruang dan membimbing mereka melaksanakan apa sahaja aktiviti yang mereka inginkan asal sahaja ia praktikal untuk dilaksanakan. Sesiapa sahaja yang tinggal di dalam kejiranan Putrajaya boleh melibatkan diri dengan INSAN dan bagi sesiapa berminat untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti di bawah payung INSAN, mempunyai bakat, kebolehan, kepakaran, tenaga dan sumber, anda dialu-alukan menyertai INSAN. Sumbangan anda amat bermakna kepada INSAN dan anda boleh menyumbang apa sahaja demi masa depan anak-anak kita di Putrajaya!