PPIK LUNDU

My blogs

Blogs I follow

About me

Location kuching, sarawak, Malaysia
Introduction Daerah Lundu terletak di hujung sebelah barat kepulauan Borneo bermula dari Tanjung Datu hingga ke Sungai Rambungan meminggiri Laut Cina Selatan dan Bersempadan dengan Kalimantan Barat di sebelah timur. Daerah Lundu terbahagi kepada 2 kawasan iaitu kawasan Lundu dan kawasan Sematan.Keluasan kawasan Lundu adalah 1,369.84 KM Persegi, Sematan 442.50 KM Persegi. Jumlah keseluruhan daerah lundu adalah 1,812.34 KM Persegi. Daerah Lundu termasuk di bahagian Kuching, Sarawak. Jarak di antara Kuching dan Lundu adalah 98 KM mengambil masa 1 jam 30 minit dalam perjalanan. Manakala jarak Lundu ke Sematan 30 KM. Sepanjang perjalanan, kita dapat melihat keindahan alam kehijauwan yang belum di dicemari serta kecantikan gunung-ganag. Hampir 80% daripada penduduk di daerah Lundu bergiat di dalam sector pertanian, kebanyakan daripada mereka terdiri daripaa penanaman koko, lada hitam, padi, buah-buahan dan kelapa sawit. Dan kawasan persisiran pantai pula kebanyakannya adalah kaum nelayan. Kemajuan sektor pertanian banyak mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Pertanian, FELDA, SALCRA, Persatuan Peladang, SEDC, PELITA, FELCRA dan lain-lain.