tag:blogger.com,1999:blog-70444942008-07-20T15:00:45.693+08:00Roslan SMS cornerroslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comBlogger2092125tag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-12571458816101123722008-07-19T14:51:00.004+08:002008-07-19T14:54:41.476+08:00Tentang apa sahaja yang bertentangan dengan Islam

Belum pun reda bantahan Pemuda PAS berhubung konsert Ella dan Mas Idayu sempena Piala Sultan awal bulan ini kini terpacul pula satu lagi kontroversi. Kelab Liga Inggeris Chelsea dijadualkan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan pada 29 Julai ini di Sadium Shah Alam.

Ia mengundang kontroversi kerana pasukan ini ditaja oleh syarikat arak antarabangsa Heineken. Heineken merupakan bir rasmi untuk Chelsea FC. Dan sempena perlawanan ini Heineken Malaysia memang ada menaja beberapa pertandingan bermakna meraikan kedatangan pasukan tajaan mereka itu.

Pemuda PAS Selangor telah menyatakan bantahannya terhadap perlawanan ini bukan kerana sukannya tetapi semata-mata kerana syarikat arak yang merupakan penajanya. Saya difahamkan Pemuda Umno Selangor turut bersetuju dengan bantahan ini malah Mufti Negeri turut telah menyaurakan pandangannya.

Walaubagaimanapun MB Selangor baru-baru ini menyatakan bahawa perlawanan itu akan diteruskan setelah kerajaan negeri mengenakan beberapa syarat antaranya pihak penaja dan pihak stadium disyaratkan agar tiada minuman berakohol dijual atau diberi percuma semasa pertandingan diadakan.

Menurut BERNAMA:

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the organisers have been told to ensure the match takes place in a decent manner and did not break rules on morality.

"We are not objecting because Heineken is sponsoring Chelsea but we have informed the Shah Alam Stadium manager that the match takes place under conditions that are decent and moral.

Adakah PAS melampau dalam membuat bantahan ini?

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Penolong EXCO Agama YB Dr Shafie Abu Bakar yang juga ADUN Bangi berkata:

Walaupun keputusan muktamad bukan ditentukan oleh kami (PAS) namun sebagai parti berlandaskan perjuangan Islam kami akan sentiasa menegah sebarang perkara yang didapati bercanggah dengan hukum Islam dan norma masyarakat di sini.

Saya difahamkan turut menyatakan bantahan adalah Dewan Pemuda PAS Pusat. Saya sempat diingatkan oleh Tok Guru saya, bahawa sampaikan kepada mereka (pihak yang berkenaan) bahawa haramnya arak itu atas sepuluh golongan, dan saya menurunkan hadis berkenaan di sini:

Rasulullah saw melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak. (Ibnu Majah & Termizi)

Mungkin tidak ada satu pun yang terkena pada penganjur, atau bagaimana?
roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-17047592144237499672008-07-19T12:29:00.002+08:002008-07-19T12:37:23.913+08:00Insiden di Desa Mentari: Ahli Parlimen yang “buta haluan”!

Berita dalam MStar Online hari ini melaporkan:

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Beliau membuat laporan polis ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah di Desa Mentari, Petaling Jaya pukul 3 petang semalam.

Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."

Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf, jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu sambil berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Saya yang berada di tempat kejadian sungguh kecewa dengan insiden yang berlaku. Dan saya merasakan kejadian itu sepatutunya dapat dielakkan kiranya pihak polis segera mengawal keadaan dan keduanya jika ahli parlimen berkenaan tidak menyemarakkan lagi suasana.

Majlis yang berlangsung kira-kira jam 3 petang sejurus selepas solat Jumaat di Desa Mentari dalam DUN Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya (kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya) itu adalah sebuah majlis rasmi kerajaan negeri. Majlisnya adalah majlis pecah tanah tapak surau Desa Mentari Fasa II oleh YB Tuan Khasim Abd Aziz, Pembantu EXCO Agama, Adat Istiadat Melayu, Infrastrukutur dan Kemudahan Awam (mewakili Dato Dr Hasan Ali yang tidak dapat hadir kerana menjalankan tugas rasmi di Singapura). Ia turut dihadiri oleh ahli Majlis MBPJ dan pimpinan parti tempatan.

Semua pihak telah dilibatkan dalam majlis ini termasuklah selain Pejabat EXCO, JAIS, MBPJ, Pejabat ADUN Seri Setia, Polis, Jawatankuasa Surau, Pakatan Rakyat Kelana Jaya dan PAS Kawasan serta cawangan.

Diperingkat Pakatan Rakyat Kelana Jaya, semasa mesyuarat bulanannya Jun lepas yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Tuan Syed Shahir, pihak PAS telah pun memaklumkan darihal majlis ini dan dipersetujui oleh semua pihak termasuk wakil DAP (YB Hannah Yeoh), malangnya dalam mesyuarat itu YB Loh tidak hadir dan tidak pula menghantar wakilnya.

Ekoran persepakatan itu pihak penduduk di kawasan berkenaan termasuklah AJK Surau dan JK Penaja PAS cawangan telah bertungkus-lumus bekerja dan membuat persiapan bagi majlis berkenaan.

Untuk rekod tapak berkenaan telah diluluskan oleh pemaju dalam pelan pembangunan kawasan perumahan Desa Mentari itu sebagai tapak surau. Penduduk tempatan telah sejak dua tahun kebelakangan memohon kelulusan dari pihak JAIS dan selepas PRU lepas YB ADUN Seri Setia Sdr Nik Nazmi telah memberikan sokongannya dan akhirnya pihak JAIS telah memberikan kelulusan melalui Pejabat EXCO Agama.

Penduduk tempatan telah mengikuti saluran yang betul, kisah bantahan dari masyarakat bukan Melayu di kawasan itu hanya terdengar sejak kebelakangan ini sahaja itupun bukan melalui saluran rasmi. Saya difahamkan sekumpulan masyarakt India beragama Hindu telah mengadu kepada Pejabat Ahli Parlimen, yang tanpa merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat Bahagian dan pimpinan PKR (parti beliau sendiri) Bahagian, telah cuba menjadi juara kepada segelintir yang tidak berpuas hati itu.

Pintu rundingan tidak pernah ditutup oleh sesiapa pun, cumanya bagi masyarakat Islam di sana setelah isu ini dibawa melalui pelbagai saluran dan akhirnya dibincang diperingkat parti pemerintah bahagian, iaitu Pakatan Rakyat Parlimen Kelana Jaya (yang diwakili pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP peringkat tersebut) dan mendapat "consensus" atau kata sepakat maka ianya diteruskan.

Jika pun ada kiranya Pejabat ahli Parlimen kemudiannya menerima bantahan, ianya sepatutnya dirundingkan. Takkanlah ahli parlimen yang bijak membelakangkan keputusan parti dan pakatan yang dianggotai partinya sendiri serta kerajaan negeri juga yang diterajui bersama partinya sendiri. Sekurang-kurangnya jika benar masyarakat yang membantah itu mewakili majoriti penduduk tempatan, kerja ahli parlimen adalah menerangkan kepada mereka tentang keputusan yang telah diambil, dan meyakinkan mereka agar menerimanya, sebarang tuntutan lain boleh dirundingkan, tetapi protes untuk membatalkan pembinaan surau yang diperjuangkan penduduk majoriti Islam dan diluluskan pula oleh pihak JAIS adalah sesuatu yang tidak harmonis dan boleh mencetuskan perbalahan.

Pada hari kejadian sejurus majlis dimulakan sekumpulan masyarakat India beragama Hindu telah pun berkumpul dengan poster masing-masing. Dari bilangan sekitar 20-25 orang ia mula membesar apabila kawan-kawan mereka dari luar turut hadir tetapi tidaklah sampai melebihi 100 orang. Mereka mula menjerit-jeirt kan slogan dan ada yang meniup wisel dan membuat bising sebaik majlis yang dimulakan dengan bacaan doa itu berjalan.

Saya marahkan juga pihak polis kerana mereka seolah berlepas tangan walaupun hadir dengan beberapa kereta peronda dan kekuatan dari balai berdekatan. Ini adalah majlis berkaitan agama dan merupakan pula majlis rasmi kerajaan kerana dihadiri oleh Penolong EXCO. Tidakkah kehadiran penganut agama lain dengan niat untuk menganggu majlis itu mengancam keselamatan? Pernahkan kita dengar sebelum ini sebuah majlis agama diganggu oleh penganut agama lain sedemikian rupa dalam negara kita?

Saya katakan pihak polis lemah dan harus dipertanggungjawabkan. Mereka tidak bertindak sepanjang majlis rasmi berkenaan berjalan, bayangkan apa akan berlaku jika ada pihak yang membikin provokasi dikalangan penduduk Islam yang hadir!?! Alhmadulillah majlis berkenaan walaupun diganggu dengan sorakkan dan bunyi bising berlangsung dengan penuh tertib dan aman.

Semasa majlis berjalan wakil ADUN Seri Setia, Sdr Meor Azam telah duduk sebaris dengan saya mewakili YB Nik Nazmi. Tiba-tiba YB Loh datang dan terus menuju ke arah mereka yang sedang berhimpun secara haram itu. Kehadiran beliau menggamatkan mereka yang sedang berhimpun itu. Ketika itulah Sdr Meor memaklumkan kepada saya yang beliau mahu melihat keadaan dan cuba mententeramkannya.

Majlis terus berjalan walaupun kelihatan dari jauh YB Loh beria-ia melayan mereka yang sedang bising berhimpun itu. Sejurus majlis berakhir mereka yang hadir dijamu oleh pihak penganjur manakala para tetamu menuju ke surau lama untuk menikmati jamuan. Ketika itulah kami dimaklumkan yang berlaku pertengkaran antara Sdr Meor dan YB Loh dan akhirnya berlakulah apa yang berlaku.

Kesimpulannya bagi saya ahli Parlimen berkenaan cuba menjadi “hero” dalam siatuasi yang beliau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Ternyatalah usia yang muda dan tiada pengalaman dan pendedahan politik melahirkan seorang pemimpin yang buta haluan! Insiden ini sungguh malang dan akan mengundang pelbagai persepsi dari masyarakat awam termasuklah yang Islam atau bukan Islam.

YB Loh telah dengan sengaja membuka pintu kebencian, keresahan dan syak wasangka rakyat. Sekarang “He should be man enough to stand up and shut the door” ataupun menerima padah dan hukuman dari rakyat.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-27324380775889747542008-07-17T09:59:00.001+08:002008-07-17T10:01:02.511+08:00Siasatlah DSAI dengan penuh adil, telus dan penuh profesional

Saya kira ramai yang menjangkakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditangkap semalam, ekoran laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya Saiful yang mendakwa diliwat oleh Penasihat PKR itu. Sebelum ini ada yang menjangkakan DSAI akan ditahan sebelum debat beliau dan Shabeery di DBP, ada yang menjangka sebaik selesai debat, apa pun kini beliau telah pun ditangkap lantas menamatkan pelbagai spekulasi dan bacaan ahli-ahli nujum politik profesional dan amatur.

Saya dan saya yakin ramai yang lain bersimpati di atas nasib yang menimpa DSAI dan keluarga. Penangkapan ini megembalikan ingatan kita kepada peristiwa malang tahun 1998 dahulu.

gambar The Star online

Justeru itu kita menggesa pihak polis dan kerajaan agar memastikan segala profesionalisma dan ketelusan digunakan kali ini bagi menjamin yang kerajaan ini benar-benar telus dan tidak sewaenang-wenang menzalimi orang yang tidak bersalah. Kita tidak mahu episod hitam yang berlaku diera Tun Dr M berulang lagi.

Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, DSAI semalam enggan melalui pemeriksaan penuh di hospital termasuklah mengambil DNA nya. Kita boleh memahami alasan DSAI setelah melalui pengalaman ngeri dan pahit pada tahun 1998 lampau. Oleh itu saya merasakan tidak keterlaluan kali ini jika perlu benar pemeriksaan penuh dilakukan dan sampel DNA beliau diambil demi membantu proses penyiasatan, pihak polis dan kerajaan hendaklah membenarkan pihak ketiga yang bebas jika perlu dari luar Malaysia untuk melakukannya.

Bukan kita meragui atau tidak mempercayai pakar tempatan, tetapi demi keadilan dengan mengambil kira pengalaman yang lepas, saya percaya inilah jalan penyelesaian sebaik-baiknya.

Kalau kerajaan BN ini benar tidak mahu mengulangi kesilapan era Tun Dr M, dan tidak mahu dituduh zalim dan berkonspirasi terhadap DSAI, bertindaklah sewajarnya. Jika tidak selama-lamanya mereka akan dikritik oleh rakyat dan dunia luar.
roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-76547625561630505602008-07-16T16:20:00.000+08:002008-07-16T16:21:11.286+08:00Benarkah PAS berpecah dua?

Saya sungguh terkilan apabila seorang pemberita kanan dalam akhbar The Star boleh menulis dengan panjang lebar bahawa PAS kononnya diambang perpecahan. Satu kumpulan dibelakang Presiden dan satu lagi dibelakang Mursyidul Am menurut Joceline. Isunya kerana kononnya satu pihak mahu keluar dari Pakatan dan bercantum dengan Umno manakala satu lagi tidak mahu.

Siapakah yang menyodok Joceline dengan maklumat-maklumat ini?

Saya mengesyaki demikian kerana Joceline tiba-tiba ada maklumat tentang pertemuan Presiden PAS dengan Ikhwan kononnya di London. Tahukah Joceline. Ikhwan atau Muslim Brotherhood itu apa atau siapa? Kata beliau ianya badan yang PAS anggap sebagai "senior Muslim brother" dan Presiden PAS ke sana untuk mendapatkan fatwa mereka. Kalau pun benar maklumat ini tidakkah peyampai maklumat tadi sedar yang ia membocorkan sesuatu yang pasti suatu rahsia dalaman, atau memang maklumat ini perlu dibocorkan atau bagaimana?

Kata Joceline satu kumpulan dalam PAS diketuai oleh kebanyakan mereka yang dari Terengganu sebenarnya rimas dan tidak selesa dengan sikap DSAI yang liberal terutama dalam hal-hal berkaitan Islam. Dan mereka juga tidak lagi dapat bekerjasama dengan DAP kerana tentangannya terhadap perundangan dan pentadbiran Islam. Malah katanya kumpulan ini hampir bertemu dengan pimpinan tertinggi Umno sehingga ianya dikesan dan ditentang oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abd Aziz.

Jadi menurut Joceline, ada dua kumpulan dalam PAS, satu yang pro Umno dan satu lagi mahu kekal dalam Pakatan.

PAS adalah sebuah gerakan Islam, berjuang, bergerak dan mendidik ahlinya hatta sanggup mati untuk Islam. Perbezaan pandangan dalam jemaah adalah sesuatu yang lumrah namun apa pun keputusan tertinggi dalam partilah nanti yang muktamad dan akan dipatuhi oleh para pendukungnya. PAS sekarang kukuh membela dan mempertahankan Islam sebagai asas dan dasar perjuangannya, soal yang dilontarkan oleh Joceline tidak akan menarik PAS sehingga berpecah dua atau tiga, tetapi sebaliknya akan lebih mengukuh dan merapatkan kekuatannya.

Saya yakin dan percaya seluruh saf kepimpinan parti sayang dan bakal mempertahankan perjuangan suci ini, Allah tujuan kami, Rasulullah ikutan kami, al Quran dustur kami, jihad jalan kami.................roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-54783501202726802152008-07-15T19:19:00.002+08:002008-07-15T19:23:40.412+08:00Anda sokong Presiden?

Ada sahabat yang bertanya saya kenapa dia perhatikan kebelakangan ini terdapat kenyataan-kenyataan sokongan terhadap Presiden PAS yang dikeluarkan oleh orang-orang PAS sendiri. Antaranya dari Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Perlis dan terbaru oleh Dewan Muslimat PAS Pusat (yang mengeluarkan pernyataan sokongan terhadap kedua-dua Presiden dan Timbalan). Kesemua kenyataan itu merujuk kepada temuramah eksklusif Presiden PAS yang muncul dalam keluaran Harakah bilangan yang lalu.

Saya sendiri pada awalnya sukar juga mahu menjawab pertanyaan itu. Namun kerana dah ditanya saya menyatakan bahawa apa yang perlu kita lihat sebenarnya adalah isi atau intipati utama kenyataan Presiden PAS dalam temuramah itu. Ternyata apa yang telah beliau tonjolkan adalah agar Pas terus kekal dalam perjuangan memartabatkan Islam (“Kekal dalam orbit Islamnya” kata Almarhum Ustaz Fadzil). PAS adalah parti Islam dan sepatutnya terus kekal demikian, insyallah.

Lalu kerana itulah maka kenyataan-kenyataan sokongan itu keluar, bukannya kerana PAS telah tersasar dari landasannya, tetapi kerana masing-masing mahu menyatakan cinta dan taksub pada Islam, Presiden menyatakan ketegasan itu maka wajarlah yang lain semua menyatakan setuju dan akan pertahankan hakikat tersebut walau apa yang ada di hadapan.

Saya yakin ramai yang lain juga begitu dan saya difahamkan pimpinan peringkat akar umbi telah banyak menyatakan sokongan samada secara langsung kepada Presiden ataupun melalui kiriman email dan surat. Malah tadi semasa ditemuramah oleh pihak media Presiden menyatakan beliau menerima sokongan padu dari seluruh peringkat akar umbi parti.

Allah swt berfirman:

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya (al Ankaabut:69)

Selagi Pas terus menjunjung slogan “Bersama Kepimpinan Ulamak” saya yakin jalan yang mahu diteroka Presiden akan terus dituruti oleh mereka yang sedemikian.
roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-43093258363880166612008-07-15T14:28:00.001+08:002008-07-15T14:44:03.468+08:00
Tuan Guru Presiden terus memimpin PAS

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS, dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad lepas.

Saya menerima panggilan awal pagi tadi dari Tuan Guru untuk mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai isu Presiden Sudan Omar al Bashir yang mahu diseret ke mahkamah jenayah antarabangsa di The Hague. Bermakna walaupun sedang berihat di hospital, Tuan Guru tetap melayari internet untuk mengikuti perkembangan terkini dunia politik tempatan dan antarabangsa. Itulah Tuan Guru kita.

Saya bertanyakan khabar beliau dan menyatakan hajat saya untuk menziarahi beliau. Katanya datang cepat sebab beliau dijadualkan mendapat kebenaran pulang pagi ini juga. (Saya tahu beliau memang rimas dan tidak selesa di sana)

Saya terus memanggil sahabat saya Sayuti (MSO) yang memang berhajat mewawancara Tuan Guru agar menunggu saya di IJN, begitu juga dengan rakan dari Harakah. Setibanya saya di wad Tuan Guru, saya melihat beliau begitu ceria dengan laptop beliau yang masih memaparkan website Arab terpampang diskrinnya. Ternyata beliau tidak sabar-sabar mahu keluar dari sana.

Selepas Sayuti mewawancara beliau, pihak Harakah pula menyambung. Selepas itu saya taklimatkan beliau berkenaan tajuk-tajuk akhbar yang sensasi pagi ini, Tuan Guru tersenyum.

Sepanjang saya di sana telefon beliau termasuk telefon saya tidak henti berdering. Sdr Khairol dari Sinar Harian memohon peluang untuk mewawancara Tuan Guru, ternyata Tuan Guru tidak menolak dan saya nasihatkan Khairol agar tunggu di lobi kerana Tuan Guru dijangka pulang tidak berapa lama lagi.

Selepas selesai menguruskan wawancara Tuan Guru dengan Sinar, saya pulang dengan rasa puas hati. Alhamdulillah Tuan Guru kita sihat dan ceria dan lebih penting lagi insyallah akan terus memimpin parti khasnya disaat parti dan ummah memerlukan kepimpinan beliau, seorang Tuan Guru dan ulamak, bagi mendepani cabaran yang besar di hadapan kita ini.
roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-49906015282391688102008-07-14T15:54:00.002+08:002008-07-14T15:59:16.726+08:00Artikel terbaru saya ini terbit dalam Harakahdaily dalam ruangan: Menongkah Arus

Moga PAS bebas zahirkan perjuangannya

Imam al Ghazali pernah berkata:

"Agama itu asas dan kerajaan itu pengawalnya. Maka sesuatu yang tiada asas akan tumbang manakala sesuatu yang tanpa pengawal pasti akan hilang".

Justeru itu tidaklah menghairankan apabila dalam wawancara eksklusifnya bersama Harakah baru-baru ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang menyarankan agar sudah tiba masanya bagi Islam diberi peluang untuk dilaksanakan demi melahirkan keadilan dalam negara kita yang tercinta ini.

Ibnu Taimiyyah pernah menulis:

"Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud dan berlaku adil dalam manjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." (as Siayasah as Syariaah)

Tuan Guru Presiden menyebut bahawa PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Lantaran itu dengan dasar dan matlamat perjuangan yang jelas sudah pastilah kemenangan kecil yang dikurniakan oleh Allah swt melalui pilihan raya umum lalu, mendorong PAS untuk bangkit bagi melaksanakan apa yang diperjuangkannya dalam apa sahaja ruang dan kerangka yang dibenarkan.

Memang kemenangan PAS kali ini bertenggek di atas kekuatan bersama melalui gagasan Pakatan Rakyat, namun sebagai rakan yang menurut Tuan Guru Presiden, telah memberikan sumbangan yang besar sehingga terbentuknya kerajaan di negeri-negeri baru selain Kelantan ini, sudah pastilah ruang dan peluang perlu diberikan dan dibuka buat PAS untuk melaksanakan tuntutan perjuangannya. PAS mahukan pengiktirafan dari kawan-kawannya, dan apakah pengiktirafan yang lebih besar bagi PAS selain dibenar menekankan kepada perlaksaan syariat Islam khasnya dikalangan rakyat yang beragama Islam.

Saya yakin dan percaya luahan hati Tuan Guru Presiden PAS ini yang disokong dan didokong oleh seluruh kekuatan jentera dan ahlinya akan didengar dan diberi perhatian oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa yang disuarakan oleh beliau adalah tuntutan agama yang merupakan asas kuat yang membentuk perjuangan PAS sejak berdekad-dekad yang lalu.

Kata Tuan Guru Presiden lagi:

Di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam.

Mengizinkan umat Islam melaksanakan apa yang wajib dalam agama mereka sudah pasti selaras dengan Perlembagaan Negara yang menempatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

PAS telah berkorban dan merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, melalui kekuatan jentera dan ahli-ahlinya. Walaupun dari sudut bilangan kerusi Parlimen PAS mungkin memegang saham yang terkecil tetapi dari sudut bilangan kerusi dewan undangan negeri PAS memiliki saham terbesar berbanding DAP dan PKR iaitu dengan 83 kerusi diikuti DAP 73 dan PKR 40.

Lantas di peringkat ini padan sangatlah bagi Presiden PAS untuk menuntut laluan bagi rakan-rakan untuk mengizinkan PAS melaksanakan program Islamnya yang pada dasarnya sudah pasti akan menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana ia sesungguhnya nanti akan menambat hati dan sokongan dari masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam.

PAS tidak boleh meninggal atau menggugurkan Islam. Besar atau kecil kemenangannya atau tiada kemenangan langsung, Islam akan terus dijunjung atas kepala bahu setiap ahli dan pejuangnya yang istiqomah.

Benarlah sebagaimana tulisan seorang EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di dalam blognya:

"Mengkhianati rakyat hanya berlaku jika PAS meninggalkan Islam. Selagi PAS bergerak dengan Islam, pengkhianatan tak mungkin berlaku walau ditinggal rakyat seluruhnya dan PAS terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk mendapat sokongan rakyat semula."

Semoga atas semangat Pakatan Rakyat ini PAS akan bebas menzahirkan apa yang ia perjuangkan.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-64242528805750186832008-07-14T11:51:00.001+08:002008-07-14T11:54:20.153+08:00Segera perbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam kita

Akhbar NST di muka depannya hari ini melaporkan darihal suatu anjakan paradigma positif yang sedang berlaku dalam masyarakat khususnya di Lembah Kelang ekoran kenaikan harga minyak. Di bawah tajuk:

Tough times good times

ia melaporkan bagaimana kesan kenaikan harga minyak mengakibatkan orang awam kini lebih menggunakan pengangkutan awam berbanding dengan memandu sendiri. Lonajkkan bilangan yang menggunakan pengangkutan awam ini khabarnya mengakibatkan pengusaha-pengusaha pam minyak merungut kerana jualan mereka mula merosot.

Malah drebar-drebar teksi pula mula gembira kerana mendapati lebih ramai penumpang dan dalam waktu yang sama kenderaan di jalan-jalan raya semakin berkurangan.

Inilah antara perkara-perkara yang perlu kita terokai dalam kita menanggung beban kenaikan kos hidup khasnya ekoran kenaikan harga minyak yang "menggila" tempoh hari. Disamping kita "berprotes" kita juga perlu fikirkan alternatif-alternatif yang praktikal buat rakyat, kerana ternyata berkonsert menyua punggung tidak memberi apa-apa bantuan dalam menghadapi tekanan kehidupan yang sedang melanda kita kini.

Dalam membicarakan hal ini saya suka menyarankan agar pihak yang mengendalikan pengangkutan awam disamping meraih manfaat dari peningkatan bilangan pengguna, perlu juga ada anjakan paradigma khasnya dalam memperbaiki mutu perkhidmatan masing-masing.
Saya sendiri sering menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat di KL. Dua jenis yang perlu saya guna untuk sampaiu ke pejabat dari Subang Jaya adalah KTM komuter dan LRT dari Sogo (Bandaraya) ke Jalan Sultan Ismail. Saya perhatikan mutu perkhidmatan KTM komuter sejak selepas pilihan raya umum lalu semakin merosot. Benar mereka telah mula memperkenalkan koc-koc baru, tetapi jadual perjalanan emreka sering dipinda-pinda. Akibat pindaan satu-satu jadual semasa waktu puncak (peak hours) akan mengakibatkan para penumpang terpaksa bersesak-sesak untuk menaiki tren yang berikutnya.

Bayangkan dalam waktu masing-masing mahu bergegas ke pejabat di waktu puncak, terpaksa bersesak-sesak bagaikan ikan sardin dalam tin. Di situlah berhimpun lengan kelengan, perut ke perut, dada ke dada mereka yang mahu ke pejabat, buruh-buruh Indonesia dan Bangla (termasuk Vietnam dan Nepal) yang mahu ke tapak kerja, ibu-ibu yang mahu ke pasar atau ke klinik dan sebagainya, warga emas yang entah mahu ke pejabat pencen atau apa sahaja urusan mereka.

Dahlah bersesak kadangkala ada diantara koc berkenaan yang hawa dinginnya tidak berfungsi mengakibatkan para penumpangnya kepanasan.Pihak KTM komuter perlu meneliti perkara ini dan memperbaikinya memandangkan jumlah yang akan menggunakan khidmat mereka pasti meningkat selepas ini nanti.

Bagi sisitem LRT saya dapati kekerapannya lebih sistematik berbanding KTM Komuter, walaubagaimanapun satu yang saya perhatikan adalah sikap para pekerjanya khasnya yang bertugas di kaunter-kaunter tiket. Sejak saya menggunakan khidmat ini saya kira hampir 12 bulan lalu tidak pernah satu hari pun saya mendengar ucapan terima kasih atau selamat pagi dari kerani di kaunter tiket mereka, malah masing-masing dengan muka berkerut dan masam-masam belaka, barangkali semua mereka ada masalah rumah tangga.

Berlainan dengan KTM saya perhatikan kerani-kerani di kaunter tiket khasnya di stesyen Subang Jaya sangat peramah dan menyenangkan hati, barangkali rumah tangga mereka semua bahagia.

Akhirnya mutu khidmat teksi-teksi khasnya di Lembah Kelang juga perlu diperbaiki. Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa semasa membahaskan "review" separuh penggal RMK9 di Parlimen baru-baru ini menyebut hanya di negara kita, penumpang perlu minta kebenaran drebar teksi untuk ke mana-mana. Contohnya perlu tanya boleh pergi ke destinasi ini atau itu. Kalau si drebar tadi mahu dia akan kata OK jika tidak dia hanya akan pergi meninggalkan penumpang tadi terkebil-kebil. Malah ada pula yang minta bayaran tambahan atas alasan jalan sesak dan macam-macam lagi.

Semoga pihak yang berwajib dapat memperbaiki mutu khidmat pengangkutan awam kita kerana rakyat sudah tidak ada pilihan lain selain menggunakannya bagi meringankan beban hidup mereka masing-masing.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-10733816746637534532008-07-13T12:30:00.004+08:002008-07-13T16:39:02.828+08:00Undi tidak percaya atau undi percaya atau apa?

Saya mendapat maklum bahawa usul yang mahu dibawa oleh Pakatan Rakyat esok di Parlimen bukannya usul "undi tidak percaya kepada PM". Saya kira deria saya masih sihat lagi, kerana hampir semua yang saya "pick up" samada dari media arus perdana mahupun alternatif kesemuanya menjurus ke arah "undi tak percaya", lalu macam mana pula timbul tentang usul berbentuk lain?

Dari Harakahdaily:

Ketua Pembangkang Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan lebih banyak Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dari Malaysiakini:

Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker

Dari The Star:

I was informed that irrespective of whether the notice of no confidence against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is accepted or rejected, a big demonstration will be held within or outside the Parliament compound,” he told reporters after meeting villagers in Kg Ngok, Beluru here yesterday.

Dari Utusan Malaysia:

Khamis lepas, Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pandikar Amin yang akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu Isnin ini.

Saya kemukakan contoh-contoh di atas, semuanya menyebut USUL UNDI TIDAK PERCAYA!

Mungkin usul itu telah ditukar, bunyinya, zatnya atau apa sahaja sehingga tidak bermaksud demikian. Bermakna bukan satu tetapi semua pihak media salah. Yang betul, entah siapa?roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-33310661871999317702008-07-13T12:30:00.003+08:002008-07-13T12:57:29.226+08:00Pengunjung ke 1,862,775

Semalam 12 Julai genaplah dua tahun saya menggunakan Motigo Webstats untuk mengukur dan memantau bilangan pengunjung ke blog ini walaupun blog ini sebenarnya saya mulakan lebih awal iaitu pada 20 Mei 2004.

Menurut statistik Motigo sejak semalam blog ini telah dikunjungi lebih 1,862,775 juta kali iaitu sejak 12 Julai 2006.

Saya berterima kasih di atas sokongan anda semua disamping komen dan teguran yang diberikan. Mudah-mudahan saya diberi kekuatan untuk terus mengisinya, insyallah.

Kebetulan esok 14 Julai 2008 genap pula usia saya 45 tahun. Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan kesempatan untuk hidup di atas bumi Nya ini dan berdoa semoga hidup saya terus dipenuhi dengan kerja-kerja untuk agama Nya dan nanti bila dimatikan juga dalam keadaan demikian.

Saya berdoa juga semoga Allah melindungi dan menyayangi kedua ibu-bapa saya yang dengan izin Nya telah membawa saya ke sini, terlalu besar jasa kedua mereka untuk mampu saya balas sepanjang dipinjamkan ke dunia ini.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-37003151372914476552008-07-12T17:44:00.002+08:002008-07-12T17:52:47.571+08:00Faham betul-betul maksud kenyataan Tuan Guru Presiden PAS

Saya difahamkam ramai yang telah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam keluaran harakah terbaru. Ia terus menarik perhatian kawan dan lawan. Antaranya termasuklah pimpinan kawasan-kawasan, pimpinan negeri-negeri dan pimpinan Pemuda, Muslimat dan Ulamak Pusat. Banyak saya terima SMS, email dan panggilan selain posting di beberapa laman web alternatif.

Namun sebagaimana yang dijangka ada juga yang tidak senang, malah memberikan reaksi yang negatif termasuklah seorang rakan blogger yang kebelakangan ini seronok dengan mendedahkan maklumat bocor yang half truth dan fitnah.

Seperti biasa antara yang terdahulu memberi reaksi adalah adinda Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz http://nikabduh.wordpress.com/ yang antara lain menyebut:

Anda tak boleh baca maksud saya? Ah, tiba - tiba tuan presiden boleh baca maksud saya.

Oh, tidak. Saya telah membaca maksud tuan presiden. Tahniah tuan presiden! Maksud presiden adalah maksud saya. Jika anda tak faham dan keliru apa yang saya tulis, fahami sahaja komentar tuan presiden.

Apa yang Tok Guru Hj hadi sebut dalam temuramahnya dengan wartawan Harakah, itulah yang menerangkan apa yang saya maksudkan dalam tulisan saya, “Apa alternatif PAS?”

Indahnya jelas. Jelas adalah hikmah. Jelas menyapu dan mencuci kekaburan dan sarap sampah.

Seorang lagi aktivis PAS dari utara adinda Ustaz Yussaine Yahya http://jihategakislam.blogspot.com/ pula menulis:

Saya secara peribadi, amat berharap sikap yang tegas dalam mempertahankan prinsip dan uslub dakwah seperti yang ditunjukkan oleh TGHH akan berterusan selamanya.

PAS tetap akan menjadi sebuah gerakan Islam yang berjuang untuk mempertahankan aqidah dan agama serta memperteguhkan bangsa dengan keduanya. Sejak kepimpinan ulama’ diperkenalkan, PAS telah mengubah cara dan uslub pergerakannya daripada parti politik yang menggunakan wajah Islam dalam bergerak kepada sebuah gerakan Islam yang tidak pernah jemu mengajak manusia taat kepada Allah dengan menjadikan politik sebagai cabang kecil aktivitinya.

Dan yang terbaru yang saya kira sangat penting dan harus difahamis ecara mendalam oleh seluruh petugas dan pendukung parti adalah kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh, mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015751&Itemid=85

Dewan Ulama PAS Pusat ingin mengalu-alukan dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sebagaimana yang telah dimuatkan dalam Harakah keluaran 13-28 Rejab 1429/ 16-31 Julai 2008 yang antaranya memperjelaskan peranan PAS dalam arus politik perdana masa kini.

Dewan Ulama PAS Pusat amat prihatin dengan isu negara yang berlaku dan sentiasa memastikan agar ianya memberi kesan yang baik untuk Islam dan ummahnya.
Dewan Ulama juga berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk menerajui negara, bahkan telah ramai yang ingin melihat wujudnya Negara Islam atau negara berkebajikan yang sebenar yang memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum dalam negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sememangnya mengambarkan bahawa perjuangan PAS adalah jelas iaitu menyeru manusia ke arah yang maaruf dan berusaha menjauhkan manusia dari kemungkaran dan kezaliman.

Apa saja cara yang diajar oleh Islam itulah teori dan landasan yang dibawa oleh PAS. Pendekatan yang diambil oleh PAS dalam arena politik tanah air sememangnya berbagai-bagai dan PAS ternyata telah matang.

Dewan Ulama percaya bahawa semua ahli PAS seharusnya menyedari bahawa bertemu dan berbincang dengan mad’u yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah penting untuk memastikan sasaran dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semua ahli diajar bahawa Tahaluf Siyaasi adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam. Ia mesti diguna pakai oleh Jamaah Islam seperti PAS agar dasar yang diperjuangkan oleh PAS dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyaasi ini.

Selain dari itu juga, kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perlu difahami dalam konteksnya yang luas.

Kerjasama yang dibuat oleh PAS amat jelas iaitu untuk menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran (Islam). Kerjasama dan pakatan yang boleh merealisasikan hasrat murni ini sudah pastinya akan terus dijulang oleh PAS. Begitu juga sebaliknya kalau pakatan yang merugikan Islam dan perjuangannya pasti akan ditolak oleh PAS.

PAS bukannya parti yang melukut di tepian yang boleh diletakkan di mana-mana. Parti-parti lain yang turut mendukung cita-cita membentuk kerajaan baru di Malaysia pula perlu terlebih dahulu menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.
Isu-isu syiar agama yang menjadi tuntutan dan prinsip kepada orang yang beragama Islam perlu juga difahami tahap sensitivitinya.

Wujudnya tuntutan untuk memperlahankan suara azan sebagai contohnya menunjukkan segelintir masyarakat masih tidak memahami urusan penting bagi umat Islam. Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua kaum di Malaysia.

Saya akui kenyataan Presiden PAS itu memerlukan bacaan yang teliti, malah ia juga mudah diberikan pelbagai tafsiran oleh sesetengah pihak sehingga lari dari maksud dan tujuan asalnya (oleh itu kita perlu berhati-hati). Bagi saya tafsiran Dewan Ulamak PAS Pusat di atas meneguhkan pemahaman kita, dan siapakah lagi yang lebih baik sebagai rujukan dalam hal yang serba mencabar ini jika tidak ulamak!

Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah dikalangan hamba-hambanya adalah ulamak" (Faathir:28)

roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-75737032161926686362008-07-11T15:26:00.002+08:002008-07-11T15:44:14.586+08:00Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, satu renungan

Wawancara eksklusif Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di dalam Harakah sesungguhnya telah membuka banyak ruang dan pintu perbincangan di dalam PAS salah satu rakan kongsi Pakatan Rakyat. Huraian beliau mencerminkan senario sebenar apa yang berlaku sejak PAS terikat di dalam pakatan politik ini.

Mengikut kronologinya PAS memiliki pakatan politik hanya bersama PKR sejak PRU 1999. Dalam PRU ke 12 lalu pakatan ini terus dijalin, walaubagaimanapun tidak dengan DAP. Ketika itu apa yang ada bersama DAP hanyalah persefahaman politik yang antara lainnya berkaitan tiadanya pertembungan kerusi antara sesama PAS/PKR dan DAP. Hanya setelah masing-masing parti memperolehi kemenangan besar khasnya di 4 buah negeri baru, barulah idea Pakatan Rakyat muncul iaitu gabungan politik baru antara PAS, PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan di negeri-negeri baru berkenaan. (tanpa PAS kerajaan Selangor dan Perak tidak dapat dibentuk)

Itupun di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan yang ada lebih merupakan kerajaan campuran DAP dan PKR kerana PAS sekadar memiliki 1 kerusi, satu angka yang tidak significant.
Pakatan Rakyat tidak melalui perbincangan komprehensif yang melibatkan dasar dan halatuju, ia sekadar suatu pakatan politik oleh parti-parti yang bersama membentuk majoriti memerintah 4 buah negeri baru.

Sememangnya kemunculan Pakatan memberi pengharapan kepada rakyat sebagai suatu alternatif kepada BN yang dikira sudah nazak dan tenat itu. Tetapi BN sudah melalui ranjau dan onar selama lebih 50 tahun, dari Perikatan ke BN, dalam eri kata lain mereka berpengalaman dalam kerjasama politik, sedangkan Pakatan Rakyat menjelma hanya selepas 8 Mac. Sudah pasti cabaran yang dihadapinya lebih besar dan menduga.

Apa pun PAS sebagai sebuah gerakan Islam menyertai Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat melalui kaedah hukum yang membenarkan, ini sangat berbeza dengan parti-parti lain. Sebagai sebuah parti Islam PAS tidak semborono atau tangkap muat dengan membelakangkan hukum dan peraturan. Kaedah fiqh yang PAS gunakan apabila menjalin kerjasama politik seumpama ini adalah TAHALUF SIYASI iaitu perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu menghadapi musuh.

Tahaluf ini diizinkan oleh syariat berdasarkan syarat-syaratnya dan bukan kerana mengikut kepentingan atau nafsu sesiapa. Antara syarat-syarat tahaluf adalah:

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
3. Tidak berwala' kepada mush dan tidak redha dengan pegangan mereka

Saya percaya Tuan Guru memikirkan hal-hal ini apabila beliau menyuarakan darihal kedudukan Pakatan Rakyat dewasa ini dan peranan PAS yang sepatutnya. Jangan pinggirkan PAS kata beliau setelah PAS menyumbang besar ke arah kemenangan semua pihak. Tuan Guru menegaskan orang PAS bukan bodoh!

Sesungguhnya walaupun PAS memiliki kerusi Parlimen terkecil antara ketiga-tiga parti iaitu 23, namun kata Tuan Guru PAS punya 83 kerusi negeri berbanding DAP 73 dan PKR 40. Harus diingati dalam PRU lalu PAS memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi negeri dan melepaskan banyak kerusi Parlimen khasnya kepada PKR.

Malah mengikut satu kajian PAS memperolehi 1,146,620 undi atau 21.85% undi popular peringkat DUN berbanding 774,608 undi atau 14.76% PKR dan 707,608 undi ataun13.49% DAP. Ini menunjukkan PAS emnguasai undi dan kerusi peringkat DUN seluruh negara berbanding parti-parti lain dalam Pakatan, oleh itu sumbangan ini tidak seharusnya diperkecilkan.

Kerana itu saya boleh faham apabila Tuan Guru meminta supaya Islam diberi peluang untuk dilaksanakan sekurang-kurangnya bermula dengan orang-orang Islam sendiri, melalui kemenangan PAS, kerana inilah asas perjuangan PAS. Kalau itu dikesampingkan, ditolak tepi kerana berbagai anggapan dan helah termasuklah kononnya Malaysia ini negara sekular, maka tatkala itu perlukah PAS terus bertahaluf?

Mengapa Tuan Guru membangkitkan perkara ini sekarang? Jawapan saya, mengapa tidak?

Sebagai pemimpin jemaah kita akan dipertanggungjawabkan bukan hanya oleh ahli-ahli, yang bagi kita terlalu kecil berbanding dengan Allah swt di kemudian hari nanti. PAS semalam, hari ini dan insyallah sampai hari akhirat adalah sebuah parti Islam, dan selagi ia demikian maka Presiden dan pemimpinnya wajib mengenengah dan memperjuangkan dasar dan matlamatnya.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-41178216157032433402008-07-11T11:08:00.004+08:002008-07-11T14:30:06.938+08:00Masanya tiba untuk menyatakan pendirian terhadap Presiden PAS

Saya menerima banyak reaksi dari kawan-kawan berhubung temuramah eksklusif Presiden
PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di dalam keluaran terbaru Harakah. Untuk makluman seluruh kenyataan beliau di dalam Harakah itu terbit dari pandangan dan pendirian beliau sebagai Presiden parti Islam terbesar dalam negara.

Sudah pastilah ada yang menyokong, ada yang menolak dan ada yang enggan beri reaksi. Apa pun orang awam berhak menyuarakan pandangan dan memberikan reaksi kerana Tuan Guru sekadar seorang pemimpin politik dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi. Berbeza dengan ahli-ahli PAS, Tuan Guru adalah Presiden mereka, ketua tertinggi dalam parti mereka, dan PAS sebagai sebuah gerakan Islam menuntut ketaatan dari ahli-ahli jemaahnya terhadap pemimpin mereka selagi mana pemimpin tadi tidak menjalankan kerja-kerja yang bertentangan dengan syariat.

Saidina Abu Bakar as Sidiq, Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullahg saw pernah berkata:

"Tidaklah meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat kepada Allah dan rasulNya, maka jangan lagi kamu taat kepadaku".

PAS sebagai sebuah gerakan Islam memiliki adab dan disiplin berjemaahnya sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Sebagaimana kata Tuan Guru dalam temuramah itu:

PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh.

Salah satu adab berjemaah yang digariskan oleh Islam adalah taat ataupun wala'. Di dalam kitab "Manhaj Daurah Tadribiyah" keluaran Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang merupakan salah sebuah kitab wajib dalam usrah PAS, disebut:

Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jemaah dalam parti.

Ketaatan membawa penyelarasan yang baik dikalangan seluruh anggota dan sayap parti dan melaksanakan amal jama'ie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti menjadi celaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

Bacalah dengan teliti dan sangka baik keseluruhan kenyataan Tok Guru itu. Beliau saya yakin telah mengambil-kira semua faktor, dan sebagai ulamak, saya yakin beliau mendahulukan kepentingan Islam dan jemaah mengatasi segala-galanya insyallah.

Kenyataan penuh Tuan Guru itu boleh didapati di:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015731&Itemid=115roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-84211665088392170252008-07-10T10:19:00.000+08:002008-07-10T10:20:55.638+08:00Jenayah rogol terus menghantui kita

Semalam Menteri Wanita, Dr Ng Yen Yen (penerima biasiswa kerajaan PAS Kelantan zaman Dato Asri) telah melancarkan buku hasil kajian Rachael Samuel dan Dr Rohana Ariffin berjudul: Rapist adn Rape: Who and Why.

Dalam majlis berkenaan Ng telah memberikan beberapa statistik berhubung kes rogol yang dilaporkan di Malaysia. Menurut beliau pada tahun 2005 terdapat 1,887 kes rogol yang dilaporkan (iaitu bersamaan 5 kes sehari) ia meningkat ke 2,435 pada tahun 2006 (iaitu hampir 7 kes sehari) dan terus meningkat ke 3,177 pada tahun 2007 (iaitu hampir 9 kes sehari).

Ini menunjukkan yang kejadian jenayah seksual khasnya rogol semakin tahun semakin meningkat, itu tidak termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan atas pelbagai sebab termasuk malu, dilakukan oleh kaum keluarga dan lain-lain.

Manakala menurut kajian yang dilakukan oleh buku berkenaan yang lebih membimbangkan bahawa hampir 81.1% dari perogol yang sabit kesalanya adalah terdiri dari bangsa Melayu. Mereka ini kebanyakannya dari lingkungan umur 50an diikuti dengan mereka yang berumur 30 ke 21 tahun. Dan sebahagian besar dari mereka yang terlibat dalam kes keji ini terdiri dari mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, berpendidikan rendah dan telah pun berkahwin.

Dan sehingga ke hari ini saya kira kita masih terkapai-kapai mencari jalan mengatasi jenayah yang paling kejam dan keji serta dikutuk oleh semua agama dan bangsa ini. Hakikatnya angka sial ini terus meningkat dan kita sendiri tidak berdaya memastikan yang anak-isteri kita akan terselamat dari menjadi salah satu angka statistik mangsa berkenaan ataupun mungkin kaum keluarga kita pula menjadi angka statistik penjenayah itu.

Di sinilah peranan mereka yang berkuasa sangat penting. Apabila ada pihak menekankan aspek penguatkuasaan termasuklah etika berpakian dan seumpamanya, ada diantara kita mengherdik dengan mengatakan kita tidak harus menjadi "moral police" kerana ia pendekatan yang tidak bijak. Dalam kita ghairah mengherdik tidak pula kita kemukakan alternatif dan dalam pada itu statistik berkenaan terus meningkat.

Malah lebih malang lagi apabila ada pihak menekankan aspek perundangan Islam sebagai opsyen bagi mencegah dan menangani bahana ini, ada pula yang terus mencemuh dengan mengatakan kita ini negara sekular, bermasyarakat majmuk, maka sebarang peraturan biarlah liberal dan boleh diterima oleh semua. Dan seperti biasa dalam kita ghairah mencemuh tiada pula kita kemukakan alternatif yang relistik dan statistik berkenaan terus meningkat.

Selagi amar makruf nahi mungkar tidak menjadi amalan kita, selagi itulah gejala jenayah tidak berperikemanusiaan ini akan terus bermaharajalela. Malah Menteri Wanita itu sendiri dalam ucapannya menyarankan agar perogol berulang dikasi bagi memastikan mereka tidak lagi terus mengulangi jenayah mereka itu.

Orang Melayu/Islam kena serius berfikir akan hal ini kerana ternyata ia terbanyak melibatkan kelompok kita. Kembalilah Allah dan Rasul, insyallah kita dan kaum keluarga serta jenerasi yang mendatang insyallah akan selamat.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-36366584635634957822008-07-09T14:03:00.003+08:002008-07-09T23:10:47.236+08:00PAS dipersimpangan?

Sejak dari insiden mungkar yang berlaku Ahad lepas banyak pihak mengeluarkan pandangan, teguran dan kritikkan. Ini termasuklah tuntutan agar PAS segera menyemak semula kedudukan politiknya.

Saya melihat antara yang vokal melontarkan pandangan dalam isu ini adalah golongan Pemuda dalam PAS. Saya melihat anak-anak muda kita yang merupakan sayap kanan parti, yang merupakan benteng kekuatan parti, merasa tertekan dan lemas dalam situasi yang ada dan saya secara peribadi tidak menyalahkan mereka.

Kita perlu rasional dan bijak dalam membuat perhitungan. Jangan emosional dan jangan dipengaruhi sentimen. Sebagai gerakan Islam apapun kita perlu kembali kepada Islam.
Saya perhatikan antara anak-anak muda yang vokal adalah pimpinan kanan dalam Pemuda PAS belaka terutama mereka yang memiliki latarbelakang agama. Adakah kita sedang dan akan menyaksikan ledakkan kebangkitan sebagaimana kebangkitan kepimpinan ulamak yang dibawa oleh Pemuda PAS pada lewat tahun 70an dahulu?

Salah seorang pimpinan muda PAS yang tulisannya sering menginsaf dan membakar jiwa saya adalah adinda Ustaz Nik Abduh. Dalam situasi hari ini beliau menyebut sesuatu yang membengkak dijiwanya seakan memecah pada hari Ahad lepas di Stadium Kelana Jaya. Ia membengkak kerana beliau menyimpan terlalu lama, dan ia pecah sebagaimana disebut oleh adinda Ustaz Nasrudin at Tantawi kerana: Apa yang telah saya bimbang nyata berlaku.
Sesungguhnya perkembangan-perkembangan yang berlaku mutakhir ini memerlukan penilaian kita semua kerana sebagaimana seorang lagi blogger adinda Ustaz Yusainie menulis:

Jika perjuangan yang suci ini kamu khianati, apa lagi yang akan dapat mensyafaatkan kamu di hari akhirat??.

Sesungguhnya kita semua berjuang bagi menutut redha Allah dan kita takut akan murka Allah swt, kerana itu kita memilih untuk duduk di dalam PAS. Saya mengajak para pengunjung blog ini untuk singgah-singgah di blog-blog berikut untuk menyelami isi hati anak-anak muda yang bakal menerajui PAS satu hari nanti insyallah:

http://nikabduh.wordpress.com/

http://jihadtegakislam.blogspot.com/

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-8933941888271248452008-07-09T13:07:00.001+08:002008-07-09T13:07:59.142+08:00Hanya yang bersolat di ambil kerja

Cadangan MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz untuk mengenakan solat lima waktu sebagai sebagai salah-satu syarat pengambilan kakitangan awam serta -merta mendapat komen pelbagai pihak. Bagi sesiapa yang cerdik sudah pastilah cadangan Tok Guru itu kita faham sebagai kena ke atas mereka yang beragama Islam sahaja, sekaligus menggambarkan bahawa kita menganggap yang bukan Islam sebagai semuanya baik belaka.

Tetapi CUEPACS beranggapan cadangan itu sebagai berat sebelah, kerana nanti hanya yang Islam sahaja yang akan diambil atau dinaikkan pangkat. Mungkin kerana sibuk memperjuangkan honorarium buat ahli-ahlinya, maka Sdr Omar, Presiden CUEPACS terlajak begitu jauh dalam menafsirkan cadangan Tok Guru itu. Tak mengapalah.

Manakala ADUN-ADUN pembangkang di Kelantan pula menganggap cadangan Tok Guru itu sebagai sesuatu yang sukar dilaksana. Sepatutnya mereka masing-masing perlu menegaskan samada mereka setuju atau tidak, soal sukar atau senang itu soal kedua, dimana ada kemahuan disitu ada jalan insyallah.

Tetapi yang paling menarik perhatian saya dalam isu ini adalah apbila MB kedah membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri beliau juga mungkin akan mempraktikkan pendekatan serupa jika cadangan itu dipersetujui diperingkat beliau.

Dalam posting saya sebelum ini saya bertanya bagaimana dengan kerajaan Pakatan rakyat yang lain, Kedah sahaja yang respon, yang lain?roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-91957668307097152712008-07-08T12:32:00.001+08:002008-07-08T12:34:52.680+08:00Mari kita sahut saranan Tok Guru

Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:

Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).

Lalu bagi orang-orang Islam, apabila MB Kelantan menyarankan agar akan dijadikan syarat mandatori bagi sesiapa yang ingin berkhidmat dengan kerajaan negeri Kelantan bahawa salah satu syaratnya mereka mestilah menunaikan solat lima waktu termasuk tidak meninggalkan solat Jumaat, sarana itu sesuatu yang boleh diterima tidak melampau malah memanjangkan semangat ayat di atas.

Kata Tok Guru kalau peraturan sekarang mewajibkan lulus Bahasa Melayu diperingkat SPM contohnya, apa salahnya beliau menambahkan satu lagi syarat iaitu tidak tinggal solat!
Bagi umat Islam tidak kira apa sandaran politik atau fahaman mereka, tidak ada sebab untuk kita menidakkan saranan yang baik ini kecuali kita merasakan bahawa solat atau tidak itu sebenarnya adalah opsyen khasnya dalam membicarakan aspek hak asasi manusia. Kalau begitu maka ucapkanlah selamat tinggal kepada Islam.

Saya menyarankan agar kerajaan negeri-negeri lain lebih-lebih lagi kerajaan Pakatan Rakyat mengenakan syarat yang sama dalam mengambil kakitangan kerajaan (yang beragama Islam) masing-masing.

Apa kata mereka agaknya?roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-8836102492839228102008-07-08T12:15:00.000+08:002008-07-08T12:16:30.239+08:00Peraturan lebih ketat untuk kafe siber

Saya berasa lega apabila pihak kerajaan pusat mengumumkan akan memperkenalkan peraturan baru yang lebih ketat mengawal operasi kafe siber seluruh negara. Baru sahaja kebetulan saya sentuh perkara tersebut dalam blog ini apabila EXCO Selangor mencadangkan agar waktu operasi kafe siber di seluruh Selangor ini dilanjutkan dari 12 tengah malam kini ke 1 pagi.

Rata-rata saya perhatikan banyak "abuse" atau penyelahgunaan yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kafe siber ini khasnya di sekitar Lembah Kelang. Saya tidak menafikan ada segelintir yang beroperasi mengikut syarat dan garispanduan yang ditetapkan namun kebanyakkan yang lain lebih merupakan pusat arked atau "amusement centre" dari pusat melayari internet untuk maklumat dan pengetahuan serta berkomunikasi.

Dan yang malangnya pengunjung-pengunjung yang sering terlibat dalam aktiviti yang salah ini adalah anak-anak muda kita dari kalangan orang-orang Melayu.

Menurut Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, Hamzah Zainuddin, antara peraturan baru yang akan diperkenalkan adalah kafe siber akan diharamkan dari menjalankan aktiviti lain termasuklah permainan arked, judi, pornografi, muzik dan pengedaran bahan-bahan berunsur negatif. Para pengusaha diwajibkan mendaftar semua pengunjungnya dalam satu buku daftar, manakala pengunjung yang dibawah 12 tahun hanya dibenarkan masuk apabila ditemani oleh ibu-bapa masing-masing.

Selain itu cermin gelap turut diharamkan dan para pengusaha tidak dibenarkan menjual rokok atau minuman alkohol di premis masing-masing.

Saya berharap dengan peraturan baru ini masing-masing kerajaan negeri dan PBT nanti akan mengambil inisiatif memastikan yang setiap kafe siber dalam negeri dan kawasan pentadbiran masing-masing menepati isitlah kafe siber yang sebenar dan bukannya tempat untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan maksiat atau seumpamanya.

Sekali lagi saya menyeru EXCO PBT Selangor agar menarik balik cadangannya untuk membenarkan operasi kafe siber inis ehingga jam 1pagi. Bukan rasuah dan ekonomi sahaja yang perlu dibenteras dan dipelihara tetapi akhlak dan moral rakyat juga perlu dibela.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-2912486163906521122008-07-08T00:03:00.001+08:002008-07-08T00:03:32.068+08:00Bila EXCO pun tak faham

Saya yakin disaat ini tidak ada seorang pun ahli atau penyokong PAS yang dapat menerima aksi kumpulan Carburetor Dung di Stadium Kelana Jaya semalam. Tindakan penyanyi utamanya yang menayangkan punggung dan seluar dalamnya depan khalayak ramai itu sangat biadap dan kurang ajar, apalagi ketika ahli-ahli PAS termasuk Muslimat sedang berada di stadium berkenaan kononnya untuk berdemonstrasi, protes, atas isu kenaikan minyak.

PAS adalah parti Islam, ada disiplin dan akhlaknya, sekurang-kurangnya bila berkawan, kawan-kawan perlulah memahami dan menghormati PAS sebagaimana PAS semasa berkawan tidak pernah menghina atau membelakangkan kawan-kawannya.

Hari ini salah seorang EXCO kerajaan Selangor, yang mana PAS merupakan rakan kongsinya, memandang hina bantahan orang-orang PAS semalam. Beliau malah memuji dan memuja Carburetor Dung di dalam blognya

http://elizabethwong.wordpress.com/2008/07/07/carburetor/#more-985

yang beliau isitlahkan sebagai:

A band ahead of its time.

Dan malah beliau menyatakan bahawa jika band ini dapat diberi peluang memberikan persembahan lagi dalam protes seumpama ini, beliau sendiri akan naik menyanyi dengan band itu. Sikap dan perangai EXCO ini pasti akan mendatangkan masalah besar kepada PAS kerana ternyata beliau tidak boleh memahami PAS, sedangkan beliau EXCO dalam kerajaan campuran bersama PAS.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-90318724139620554192008-07-07T23:30:00.001+08:002008-07-07T23:33:10.399+08:00
Bersama kepimpinan ulamak

Benar sangatlah pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Susu yang putih bersih dan berkhasiat jika diminum itu bukan lagi susu bila dititskan nila ke atasnya.

Sudah jauh kita menyongsong perjuangan ini, kerana mahu mendaulatkan Islam, kita melalui pelbagai cabaran dan pancaroba. Keperitan, duri dan airmata kita lalui dan tempuh kerana yakin akan janji-janji Allah dan Rasul Nya saw. Kita pernah menang pernah kalah, pernah dipuji dan pernah dihina, berpatah sayap bertongkat paruh, namun perjuangan suci ini kita daki dan daki jua.

Kekalahan terus membakar azam kita, kemenangan tidak pernah mengelabui mata kita.

Sesungguhnya insiden 6 Julai lalu biarlah menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita. Saya memuji ketegasan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam hal ini, kronologi sikap dan pendirian Pemuda diterangnkan dengan jelas oleh Setiausahanya Sdr Ahmad Sabki:

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12249

Saya boleh faham kedudukan mereka, di satu pihak Pemuda Selangor bangkit protes kerana konsert Ella dan Mas Idayu di Stadium Shah Alam, sedang di Stadium Kelana Jaya pada waktu dan ketika yang sama mereka (Pemuda) yang bertanggungjawab mengawal dan menyelia konsert “gila” yang tidak pernah mereka redha dan relakan.

Mempertahankan prinsip dalam suasana sedemikian memanglah suatu cabaran, Alhamdulillah Pemuda PAS dalam hal ini jelas dan tegas pendirian mereka. Biarlah kita mahu dicap apa sekalipun, “little Taliban” atau “fanatik, ekstrimis” asal kita tidak bersekongkol dengan perkara maksiat yang mengundang murka Allah swt itu.

Kerana itu saya sangat bersetuju dengan saranan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, adinda Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, dalam suasana penuh mehnah dan mencabar kemurnian perjuangan kita ini agar kita menjayakan Ijtima’ Ruhiyyah bagi menembalikan kita ke landasan sebenar perjuangan suci ini. Beliau menulis dalam blognya:

Fokus ceramah bukan kepada isu dan politik semasa sahaja , tetapi lebih menekankan soal aqidah perjuangan , jihad dan pengorbanan yang saya kira menjadi topik yang semakin pudar akhir - akhir ini .

Pemuda , ayuh kita hidupkan kembali nilai perjuangan berasaskan kekuatan spiritual atau kerohanian yang tinggi tanpa kita bersikap prejudis terhadap kupasan atau bicara isu dan politik semasa . Kembalikan zaman kegemilangan Doa Rabitah dan Wirid al Mathurat .

Pada tahun 1983, Mukatamar Dewan Pemuda PAS lah yang telah mencetuskan gagasan Kepimpinan Ulamak dalam parti, semoga Pemuda hari ini akans memiliki roh 1983 itu, dan mengembalikan peranan ulamak kembali ke tempat asalnya dalam parti, insyallah.
roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-37628366389231091352008-07-06T11:36:00.002+08:002008-07-06T11:41:48.895+08:00Bukan DSAI dan Saiful sahaja, Najib pun perlu ber “mubahalah”

Ramai rakyat Malaysia termasuk bloggers nampakya sudah mula muak dan bosan berhubung isu-isu politik sensasi yang banyak menggerhanai kemelut hidup rakyat yang lebih besar dan menyiksa itu. Rakyat terbeban dan sengsara dengan kos hidup yang semakin menghimpit dan menyiksa hidup mereka, tetapi tuduhan dan fitnah antara sesama orang politik pula nampaknya mendapat liputan meluas dan mencuri perhatian media.

Di Parlimen rakyat (melalui wakil-wakil mereka) sedang membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 9, yang fasanya kini diliputi oleh keadaan kelam yang menyelubungi kehidupan rakyat. Sementara itu kos barangan dan perkhidmatan terus menerus naik dari hari ke hari.

Yang terserlah di hadapan kita bukannya langkah-langkah penyelesaian atau lorong-lorong mengatasi masalah itu tetapi sebaliknya rakyat disuakan dengan tuduhan liwat terhadap DSAI dan satu lagi tuduhan yang TPM Najib Tun Razak berzina dan meliwat Altantuya Shaaribu yang kes bunuhnya sedang dibicarakan di mahkamah.

Maka orang-orang agama yakni para alim ulamak turut terjebak dalam kes-kes ini apabila masing-masing mengeluarkan pandangan dan hukum agama berkaitan pertuduhan-pertuduhan ini. Dari Mufti Perlis, Mufti Perak dan Selangor sehinggalah Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS masing-masing memberikan pendapat dan cadangan.

Yang ketara hari ini, yang menuduh dan dituduh masing-masing disarankan agar ber MUBAHALAH, yakni bersumpah dengan menyebut:

Jika saya melakukanya, laknat Allah kepada saya, jika saya tidak melakukannya laknat Allah kepada yang menuduh dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya.

Saya lihat fokus MUBAHALAH ini nampaknya hanya tertumpu kepada kes DSAI dan Saiful sahaja sedangkan kita sebenarnya berhadapan dengan dua kes tuduh-menuduh. Mengapa tidak sementara mereka (DSAI dan Saiful) berfikir samada mahu atau tidak melakukannya, kita alihkan perhatian pula kepada TPM Najib Tun Razak dan pihak yang menuduhnya berzina dan meliwat Altantuya (pihak yang dimaksudkan berkumpul di Ibupejabat PKR pada 3 Julai lalu).

Nampaknya pihak media arus perdana sedang memain peranan untuk mengistilahkan pertuduhan terhadap Najib sebagai satu fitnah, TV3 siap memperdengar bacaan ayat-ayat suci al Quran yang berkaitan semasa siaran beritanya semalam. Saya secara peribadi juga setakat ini menganggap pertuduhan terhadap Najib itu satu fitnah, tetapi mengambil iktibar dari cadangan para alim ulamak kita, saya dengan tulus ikhlas menggesa agar beliau tampil ke hadapan dan memulakan MUBAHALAH bagi pihak diri beliau yang dituduh dengan tuduhan yang sangat berat itu.

Saya fikir Najib Tun Razak tidak akan ada halangan untuk melakukannya dan jika jelas beliau benar difitnah, inilah masa dan ketika paling baik untuk beliau melakukannya. Saya yakin jangankan Mufti Perlis, Perak atau Selangor, Tok Guru Nik Abd Aziz atau Tuan Guru Hj Abd Hadi pasti boleh hadir membantu dalam urusan berkenaan.

Ayuh kita selesaikan perkara ini kerana rakyat mahu tumpuan terus diberikan terhadap permasalahan dan kemelut hidup mereka, berani kerana benar, insyallah.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-33917541169058530992008-07-04T12:43:00.001+08:002008-07-04T12:45:39.943+08:00PAS tidak akan gadaikan prinsipnya

Nampaknya konsert yang membariskan ratu rock Ella dan artis dangdut Mas Idayu akan diteruskan juga Ahad ini di Stadium Shah Alam sempena kejohanan bolasepak persahabatan Piala Sultan antara Selangor dan Singapura. Kerajaan negeri yang sepatutnya mengaturkan pertemuan antara Pemuda PAS Selangor (yang menghantar memorandum bantahan) dengan pihak istana berkenaan isu ini rupanya sehingga hari ini gagal mengaturkan pertemuan tersebut.

Menurut kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi:

Kami bersedia untuk merafak sembah Tuanku Sultan bagi memberi pandangan dan menjelaskan keadaan sebenar, tetapi tidak diuruskan oleh pihak kerajaan Negeri.

Sebagai jalan terakhir beliautelah mengarahkan semua Pemuda PAS Kawasan dan Negeri supaya menunaikan solat Hajat selama dua malam supaya Allah menghindarkan bala atau kemurkaan terhadap seluruh rakyat negeri Selangor.

Adalah difahamkan Pemuda PAS tidak akan berdemo pada hari berkenaan sebaliknya akan hadir mengedarkan risalah bagi menyedarkan anak-anak muda yang hadir di Stadium Shah Alam bermula petang Ahad, 6 Julai ini.

Saya secara peribadi mahu mengucapkan syabas kepada Pemuda PAS Selangor kerana konsisten di dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar mereka. Walaupun kita parti politik tetapi hakikatnya kita sebuah jemaah dan gerakan Islam, prinsip perjuangan tidak boleh sekali-kali digadaikan dalam apa siatuasi sekalipun, samada dalam keadaan senang mahupun susah. Saya mengharapkan selepas ini PAS Selangor mengemukakan cadangan yang menggariskan perkara-perkara yang PAS rasakan perlu diterima pakai dan dilaksana oleh kerajaan negeri khasnya yang membabitkan masyarakat Islam di Selangor.

Benar kita bukan dominan di Selangor, tetapi pakatan bersama antara PAS, PKR dan DAP lah yang menyokong penubuhan kerajaan negeri ini. Oleh itu pandangan dan sikap PAS perlu juga dihormati dan diraikan khasnya yang berkenaan dan berkaitan urusan umat Islam.

PAS adalah parti yang berpegang teguh pada prinsipnya kerana matlamat perjuangannya jelas digariskan dalam perlembagaannya. Tiada siapa berhak mengarahkan PAS diam dan senyap dalam perkara-perkara pokok hatta Presidennya sekalipun (dan saya tahu Presiden tidak pernah begitu), apa yang ditunjukkan oleh Pemuda PAS Selangor dalam kes ini adalah satu contoh sikap PAS yang jelas dan tegas. Kita boleh kendur dan berunding dalam perkara-perkara cabang dan yang dibenarkan, tetapi atas bab prinsip, as syahid Ibrahim Libya adalah contohnya...........roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-84490807543282325752008-07-04T12:12:00.000+08:002008-07-04T12:13:27.158+08:00Rahman Palil bukan lagi EXCO Agama

Apabila Pemuda PAS Selangor menghantar memorandum kepada Pejabat MB Selangor berkenaan bantahan terhadap konsert melibatkan Ella dan Mas Idayu sempena Piala Sultan pada hari Ahad ini, macam-macam tohmahan telah dilemparkan terhadap PAS termasuklah kononnya bahawa PAS tidak mewakili umat Islam di Selangor dan lain-lain. Ini walaupun hakikatnya PAS merupakan sebahagian dari parti yang membentuk kerajaan.

Semalam sekumpulan individu kononnya mewakili 100 NGO Melayu telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor. Mereka diketuai ADUN pembangkang dari Sementa Rahman Palil (Umno-BN).

Menurut Rahman sejak kerajaan baru berkuasa berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan pentadbiran agam islam sehingga membawa kepada perpecahan perpaduan dikalangan umat Islam di Selangor. Kata Rahman terdapat imam dan AJK masjid dan surau yang telah dipecat dan ahli-ahli JK masjid dan surau dirombak. Beliau juga mempertikaikan khutbah Jumaat yang disampaikan.

Bila PAS hantar memorandum PAS dikira tidak mewakili umat Islam di Selangor, Rahman Palil mewakili siapa?

Rahman Palil ini baru sahaja digugurkan dari menganggotai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) apabila enggan berundur diri setelah partinya kalah dalam PRU baru-baru ini. Beliau dahulu EXCO Agama, tetapi setelah kalah maka sudah pastilah lagaknya bagai meriam buluh. Rahman ternyata berbohong apabila berkata ada imam yang dipecat, dimana? Setahu saya JK masjid-masjid dan surau-surau pun masih belum berubah seluruh Selangor. Zaman BN dahulu semua AJK masjid dan surau bukannya dipilih oleh ahli kariah sebagaimana biasa tetapi ditunjuk oleh orang-orang politik khasnya pimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian.

Rahman perlu sedar yang beliau walaupun ADUN tetapi mewakili parti pembangkang, jangan berasa seolah beliau masih EXCO Agama. Saya yakin istana akan mendengar nasihat dan penerangan dari kerajaan dan bukannya wakil pembangkang seperti Rahman yang penuh dengan kepentingan dan muslihat politik.

Mengapa Rahman tidak pertikaikan penyiasatan BPR terhadap pegawai-pegawai Pusat Zakat, yang semuanya dilantik semasa beliau EXCO dahulu?

Dari maklumat yang saya terima rakyat Selangor kini senang hati kerana institusi masjid dan surau bakal diserahkan kembali kepada ahli kariah. Khutbah-khutbah Jumaat kini lebih membuka hati para jemaah (tidak lagi tidur dan tersengguk-sengguk sebagaimana dulu) dan program-program ilmu di masjid dan surau seakan hidup kembali. Kalau dahulu semasa beliau EXCO beliau tidak berupaya menjadi khatib (mungkin atas apa sahaja alasan yang hanya beliau ketahui) tetapi janganlah berasa dengki dan panas hati apabila EXCO Agama kini naik mimbar menyampaikan khutbah.

Berilah peluang kepada kerajaan baru ini untuk memikul amanah mereka. Mereka boleh ditegur tetapi berilah teguran yang konstruktif dan membina, bukannya dengan menjolok pihak istana untuk kepentingan politik murahan beliau.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-36395593578478185072008-07-04T11:25:00.000+08:002008-07-04T11:27:04.084+08:00Tak perlu tambah waktu operasi "cyber cafe"!

Apa dia cyber cafe?

Di negara kita, pihak PBT memberikan lesen kepada pengusaha yang memohon untuk menjalankan kegiatan ini. Pengusaha menempatkan sejumlah komputer di premis mereka dan ia semuanya memiliki kemudahan internet. Premis ini biasanya berhawa dingin dan dikawal oleh seorang juruwang yang akan memantau penggunaan komputer berkenaan menurut kadar jam dan mengenakan caj.

Oleh kerana alam siber kini merupakan sebahagian dari kehidupan kita maka sudah pastilah keperluan untuk melayari internet turut menjadi suatu rutin hidup kepada sebahagian besar masyarakat. Lantaran itu kehadiran "cyber cafe" ini sudah pasti memberikan kemudahan kepada para pengguna (terutama mereka yang tidak memiliki talian internet di rumah) untuk mendaptakan maklumat terkini, melayari laman-laman kegemaran mereka, memeriksa dan mengirim email serta mengemaskinikan blog atau laman masing-masing.

Menurut laman web Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), aktiviti utama ataupun core business pusat siber dan kafe’ siber adalah dihadkan kepada aktiviti penyebaran dan mendapatkan maklumat melalui internert sahaja. Ini bermakna kegiatan-kegiatan berikut tidak dibenarkan iaitu:

Permainan video; – Perjudian; – Mengakses dan muat turun gambar-gambar lucah; – Muzik (pipe music); dan – Penjualan bahan-bahan bercetak khususnya yang mengandungi unsur-unsur negatif.

Bagaimana cyber cafe yang anda tahu?

Adakah "cyber cafe" yang anda tahu benar-benar menjalankan kegiatan memberikan khidmat pelayaran internet kepada para pengunjungnya atau apa? Saya kira hanya segelintir kecil yang benar-benar menggunakan "cyber cafe" bagi maksud melayari internet untuk kegiatan-kegiatan yang saya gariskan di atas, selebihnya hanya mengunjungi "cyber cafe" untuk permainan video, termasuklah aktiviti perjudian serta kegiatan negatif yang lain.

Ada di antara "cyber cafe" inbi bagaikan gelanggang pusat video game dengan pengusahanya sudah memuat turun permainan tertentu termasuklah yang di "pirate" kan bagi kegunaan pengunjungnya yang kebanyakkan terdiri dari anak-anak muda dan murid-murid sekolah.

Oleh itu saya menganggap cadangan ahli EXCO PBT Selangor Ronnie Liu untuk membenarkan "cyber cafe" di Selangor untuk beroperasi sehingga jam 1 pagi (kini sehingga 12 malam) adalah keterlaluan dan melampau. Beliau sepatutnya memastikan yang semua "cyber cafe" yang dilesenkan benar-benar menjalankan operasi berdasarkan "core business" mereka iaitu menyediakan kemudahan melayari internet untuk penyebaran dan mendapatkan maklumat.

Kerana samada beliau sedari atau tidak kebanyakkan "cyber cafe" di Selangor sudah lari dari matlamat asalnya dan malah kini menjadi pusat anak-anak muda berkumpul dan menjalankan aktiviti "gelap" mereka.

Penguatkuasaan sepatutnya dipertingkatkan terhadap "cyber cafe" seluruh Selangor bagi memastikan yang mereka metahui syarat yang dikenakan selain bertindak terhadap "cyber cafe" haram. Selangor bawah Pakatan Rakyat mesti berbeza dari Selangor bawah BN jika tidak, apa maknanya.

Saya rasa diperingkat ini dari EXCO berkenaan sibuk memperjuangkan nasib pengusaha "cyber cafe" lebih baik beliau membentangkan garis panduan baru "cyber cafe" sebenar yang yang dikehendaki oleh kerajaan negeri dan disenangi oleh masyrakat. Biar "cyber cafe" benar-benar menjadi pusat untuk memperolehi maklumat dan bukannya pusat maksiat dan kegiatan haram.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7044494.post-28548001668279154982008-07-03T13:54:00.000+08:002008-07-03T13:56:14.051+08:00Dari bercakap lebih baik Karpal diam

Semalam Ketua Dewa Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan bahawa Pemuda PAS mendesak supaya Washington tidak mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan laman web MStar Online:

Beliau berkata sebagai anggota Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini.

"Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dan sehubungan itu Salahuddin mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas diwujudkan untuk menyiasat kes terbaru membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjamin ketelusan dan tiada campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.
Kita yakin dan percaya kiranya tuduhan terhadap DSAI itu palsu dan berniat jahat, maka insyallah kebenaran akan terserlah jua. Dan saya mengira komen Salahuddin itu sangat baik dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Walaubagaimanapun saya terkejut apabila membaca reaksi Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu campuratangan Amerika ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini.

Kata Karpal:

Jika Malaysia boleh memberi komen terhadap Palestin maka tidak salah untuk Amerika Syarikat turut memberikan pandangan terhadap dakwaan liwat yang dihadapi DSAI.

Mengapa Karpal menyamakan kes ini dengan isu Palestin, mengapa perjuangan Palestin diseret dalam hal ini? Saya rasa ianya langsung tidak berkaitan malah Karpal sangat tidak bertanggungjawab apabila membangkitkannya.

Yang kita bincangkan adalah campurtangan AS dalam menyelesaikan masalah dalaman sesama rakyat Malaysia. Isu Palestin adalah isu penaklukan bumi milik rakyat Palestin oleh Tentera Zionis Israel, ianya isu pencabulan kedaulatan sebuah negara oleh sebuah negara asing. Langsung tiada persamaan dan perkaitan melainkan Karpla mempunyai motif lain.roslan smshttp://www.blogger.com/profile/07746126672750033900noreply@blogger.com