tag:blogger.com,1999:blog-194448742009-07-13T11:35:15.590+08:00Jowopinterblackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.comBlogger292125tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-54339154961199943362009-07-07T11:27:00.006+08:002009-07-07T17:25:00.669+08:00Cerita 07/07/07+2
I
Hari ini 7 haribulan 7. Mungkin sebab angka 7 itulah agaknya yang memanggil-manggil saya untuk cuba mengemaskini blog yang sudah sebulan saya anak-tirikan ini.....

2
Dua minggu lepas. Sabtu. Saya sentiasa menyedari sekejap-sekejap emak mengesat air matanya yang perlahan-lahan berlinangan di pipinya. Dan dalam diam saya turut cuba menyembunyikan air mata yang cuba menitis di balik kaca mata cokelat saya. Jiwa anak manalah tidak terusik melihat emak hiba begitu.

Hari ini, emak sudah sedikit-sedikit boleh menerima kenyataan yang anak bongsu dan anak kedua bongsunya sudah tiada lagi di rumah. Ya, kedua-dua adik paling bongsu saya memasuki kolej di ibukota dua minggu yang lepas. Kedua-duanya memang belum pernah berenggang dan berjauhan lama-lama dari emak sebelum ini.

Tinggallah emak dan abah bersama kucing-kucingnya, teman berteman di kampung. Mujurlah buat masa ini Ana dan anak-anaknya, Aqis, Haiqal dan Sara masih mendiami rumah peninggalan arwah atok itu.

Nanti-nanti saya tahu, dan emak juga abah tahu, tinggallah emak dan abah berdua di rumah yang paling tersorok di pojok kampong sunyi dan senyap itu.

3
“Aku Rindu Peristiwa Besar . Tapi...

Aku tidak senang dengan serba kebekuan ini. Tetapi bagaimana dapat aku membebaskan diri? Aku rindu pada peristiwa-peristiwa besar. Tapi aku sendiri takut menghadapi peristiwa-peristiwa besar dalam diriku. Serba kesulitan menimpa silih berganti. Dan aku diam, melarikan diri dalam buku-buku. [28 Februari 1969]”

Saya petik kata-kata itu dari halaman 303 buku Pergolakan Pemikiran Islam. Merupakan catatan harian yang dipetik dari buku tulis lusuh yang akhirnya terjilid. Catatan wartawan, budayawan dan pemikir Indonesia, Ahmad Wahib (1942-1973).

Baca-lah buku ini jika kamu berpeluang memilikinya.

4
Saya masih di luar kawasan. Sekejap-sekejap di dalam Kota. Sekejap-sekejap pulang ke ibu kota. Sekejap-sekejap pulang ke kampung.

5
Dan agak-agaknya selepas saya menerbitkan entri ini, blog ini dan Bukumuka saya juga barangkali, akan saya ketepikan lagi untuk entah berapa lama lagi. Mungkinlah. Entah! Tengoklah bagaimana nanti....

6
Saya tinggalkan entri ini dengan dua gambar objek ini. Simbol masa lalu yang semakin kita tinggalkan. Masa lalu yang kita sendiri mungkin tidak sempat melaluinya, atau tidak pernah sedar akan kewujudan dan kehadirannya.

7
T-T-F-N. Ini juga sebahagian dari entri kali ini.

Segalanya sempurna 7 bukan?

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com17tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-16463939010472213772009-06-08T13:27:00.000+08:002009-06-08T13:48:03.884+08:00Cerita Aku Balik Muor - Siri 16
Kali ini ada cerita tanpa gambar.

I
Balik kampung kali ini emak menghidangkan saya rendang daging landak. Eksotik. Kelazatannya sehingga mampu membuat saya bukan saja menjilat jari tapi pinggan juga. Dan itulah pertama kali dalam sejarah hidup saya menjamahnya.

II
Abah kupas buah kuini yang masak ranum. Lalu dihidang di depan saya. Lazat dan manis. Rasanya baru hari itu saya sangat teringin, selepas terbaca cerita buah kuini di blog Tok Nabe. Alhamdulillah.

Buah kuini itu buat saya kembali menjeling zaman lampau.

III

Buah rambutan Gading Muar yang saya tanam berbuah lagi. Bagi kali ketiga, kalau tak silap saya. Belum masak sepenuhnya tapi saya petik, kupas dan kunyah juga. Buat pelepas gian. Manis semanis tukang tanamnya. Hahaha!

IV

Gambar ini macam kelabu-kelabu sedikit macam gambar dulu-dulu. Saya suka. Saya cemburu dengan dua kucing yang sedang bergurau senda itu sebenarnya.

V

Itu konon-kononnya kubur. Ditabur-tabur bunga dan disiram-siram air. Budak-budak sekarang dah terlebih tengok cerita hantu agaknya. Keliwon-lah, apa-lah. Itu salah satu permainan cuti sekolah Nurul Balqis, anak buah saya dan sepupunya, Nur Sabrina.

VI
Seminggu ini saya agak terkejar-kejar. KL-Muar-Nusajaya-Muar-Melaka-KL. Capek.

VII
Masa saya agak tersimpul. Jarang berkesempatan menyinggahi blog kawan-kawan.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com57tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-75331097689429399282009-05-29T10:27:00.002+08:002009-05-29T11:27:42.682+08:00Cerita jauh tapi dekat...
I
Saya masih menjauh, di luar kawasan.

Malam kelmarin saya dan Amir sempat singgah ke Pesta Buku J0h0r [atau menjejakkan kaki ke beberapa gerainya, tapi tak semua gerai]. Hmmm. Saya sedikit kecewa. Amir pun sama menyerapi kekecewaan yang saya rasai. Mungkin saya sudah terbiasa dengan skala, suasana dan kemeriahan pesta buku di PWTC barangkali.

Saya sempat membeli 3 buah buku. U-Turn Ke Jalan Lurus [Zul Ramli M. Razali], Penawar Bagi Hati [Abdul Aziz Ismail] dan novel Musafir Cinta [Taufiqurrahman Al-Azizy]

II
“Sentiasalah buat benda betul, betul-betul dan ingat bahawa musuh ketat bagi terbaik adalah baik.”

Saya petik dari halaman 49 buku U-Turn Ke Jalan Lurus itu. Kata-kata itu sedang memukul jiwa dan minda saya. Sekurang-kurangnya di saat saya menulis catatan ini.

III
Sebuah kesilapan yang sempurna, mengurung dan menyeksa. Tapi sudah saya ulangi, sejujurnya, lagi dan lagi, itu bukan saya rancang. Bukan saya maksudkannya. Bukan saya sengajakan. Tiada sekelumit pun niat saya begitu, biar sehalus kuman pun. Tuhan saksinya.

Maafkan saya.

[Saya sedang berbicara dengan jiwa sendiri]

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com24tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-47649269451714684492009-05-21T17:27:00.002+08:002009-05-23T20:03:14.963+08:00Cerita misi khas.
Untuk misi khas itu saya mencipta bermacam-macam alasan untuk meminjam kapcai C70 kelabu abah. Tapi saya kan anak kesayangan abah, mesti abah bagi pinjam punya.

Saya cuci motorsikal abah bersih-bersih. Bukan selalu saya cuci motorsikal abah pun, sesekali bila saya nak pinjam saja baru saya tolong cucikan. Abah bekerja di kebun Hevea brasiliensis. Jadi, motorsikal abah ada palang besi di tempat duduk belakangnya, tempat abah selalu meletak tong. Saya tanggalkan besi itu. Tak rugged-lah kalau ada besi.

Topi keledar abah tak cantik, comot, bercalar dan bergetah sana-sini. Berbau getah sekerap lagi. Tak sesuailah kalau saya pakai untuk misi khas itu, jadi saya pinjam topi keledar abang Hasim, anak Wak Jikan. Rumah dia tak jauh dari rumah atok. Topi keledar abang Hasim pun tak cantik juga tapi tidaklah seteruk topi keledar abah sebab abang Hasim kerja menyawit. Saya cuci topi keledar abang Hasim. Topi keledar abah pun saya tak pernah cucikan, topi keledar abang Hasim boleh pula saya cucikan. Misi khas punya pasal.

Kapcai sudah bersih. Topi keledar pun sudah cantik. Apa lagi. Lesen belakang kira. Kira hebatlah saya, tiada lesen tapi masih berani melalui jalan pekan. Destinasi saya tidaklah jauh sangat. Rumah Nora. Di Parit Pinang 1000, Jalan Temenggung Ahmad. Kalau dalam kelajuan 70km/j, kira-kira 27 minit saja sudah boleh sampai.

Sampai saja di depan rumah Nora, saya nampak ada kelibat lelaki tercegat di depan pintu. Argh! Buat rosak program betul si Azman, abang dia tu!

Itu cerita dulu-dulu. Masa mula-mula belajar berendut.

Hehehe!

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com42tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-15705262319920506682009-05-05T17:27:00.002+08:002009-05-05T17:32:15.325+08:00Cerita selera melampau.
Muar.

Saya berseluar separas lutut dan bersinglet. Saya duduk di kerusi plastik. Saya mengadap meja makan kayu yang beralas plastik lutsinar yang sudah kusam. Nun di hujung sana, kipas angin berputar, berkeriut-keriut.

Di atas meja itu, empat biji pinggan porselin putih buatan China, yang bercorak bunga-bunga kecil seakan-akan spesis Clitoria ternatea var. pleniflora di pinggir-pinggirnya. Pinggan di dekat saya terisi nasi. Kemudian di sebelahnya pinggan yang terisi asam pedas kepala ikan mayong. Satu lagi terisi ikan mayong goreng. Dan pinggan yang terisi umbut kelapa muda masak lemak. Nampak macam ringkas dan biasa-biasa saja menu saya tapi khusyuk dan beria-ia sungguh saya menikmatinya. Tanpa sedar, saya menambah nasi di pinggan saya sampai tiga kali! Nasib baik tiada kelibat sambal tutuk. Kalau ada, boleh sampai empat lima enam pinggan agaknya.

Saya sedikit gusar. Bimbang juga kalau-kalau kesaktian masakan emak saya akan tambah menyukarkan saya untuk mengekalkan berat badan unggul dan kerampingan saya nanti.

[Saya impikan ketul-ketul yang terbina dari otot, bukan lemak jahat. Hehehe]

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com52tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-14796014334362501882009-04-21T17:27:00.008+08:002009-04-22T09:02:02.818+08:00Cerita 7 cerita yang pendek-pendek.
I

Saya menerima khabar dari emak saya. Nenek saya, Atok Tuk sedang gering, muntah-muntah.

Semoga Atok Tuk terus sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Ameen.

II

Sempurna sudah permahsyuran K0ta I5kandar. Penat.

“Kau mengigau lagi. Macam selalu-selalunya, trademark kau. Merintih, macam orang meratap, menangis.“ Kata Amir.

Saya terlalu penat sangat agaknya. Isk!

III

Saya berdiskusi dengan KayKay petang kelmarin. Tentang itu. Tentang ini. Tentang budaya. Tentang pemikiran. Macam-macam. Petang ini dia berangkat ke Millan dan kemudian ke Zurich. Selamat jalan KayKay.

Berdiskusi itu juga semacam seni, bukan setakat kemahiran yang boleh dipelajari secara dogmatik.

IV

"Tidak ada sesuatu bangsa bisa dijajah oleh bangsa Iain tanpa bantuan bangsa itu sendiri." Saya meminjam [tanpa izin] kata-kata Chiang Kai-shek.

V

Saya bermain-main dengan istilah espalier, regional / climatological, cultivated ecology, capillary fringe, concentric circle dan multi-dimensi hari ini.

Lalu saya coret-coretkan setiapnya di helaian kertas, yang saya ikat menggunakan gelang logam yang saya beli di Kuchai Lama itu.

VI

KLIBF2009. PWTC.

Saya tidak ghairah sangat membeli buku kali ini. Cuma 2 buah. Buku tulisan Immanuel Kant yang sudah berumur lebih dua ratus tahun itu, yang nipis tapi sangat sarat isinya itu. Dan buku tulisan Syed Husin Ali [sempat juga bersembang sekejap dan mengecek tanda tangannya]

Selain dari itu, beberapa majalah dan beberapa album nasyid.

VII

Dan berikan saya sedikit jeda sebelum saya mahu bercerita lagi.

Panas. Terik. Terasa seperti ingin berlenggeng saja.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com39tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-24098930934328264452009-04-09T09:27:00.003+08:002009-04-09T10:14:16.970+08:00Cerita Ubi Rebus
Geylang Kopitiam. Saya menguliti ketulan ubi rebus dan kelapa, yang hangat. Bersulamkan lagu-lagu melayu klasik, yang membuai. Dipagari reka bentuk dalaman dan dekorasi, yang mendamaikan jiwa. Juga poster hitam dan putih gergasi bas Tanjung Pagar dan Geylang di tahun 50-an dulu, yang tertampal kemas di dindingnya.

Ubi rebus dan kelapa itu. Dan udaranya. Suasana sebegitu seperti bertutur dengan jelas kepada saya. Atau zaman yang sudah tertinggal itu bagai memanggil-manggil semula. Dalam diam saya menyerapi suasananya. Ia seumpama kebiasaan yang sangat ketara yang pernah saya lalui di zaman cilik saya dahulu. Zaman kepayahan saya dahulu. Kehidupan yang pernah saya rasakan tak bermaya itu menjadi sesuatu yang teramat mahal dan berjiwa pada hari ini. Kerana kepayahan itulah saya mampu hidup pada hari ini.

Kalaulah. Kalaulah, ia suatu objek yang zahir, ingin saya genggam kejap dan dakap erat-erat. Bukan untuk saya, tapi untuk saya hadiahkan kepada abah dan emak saya yang ‘menghidupkan’ saya.

Sebenarnya, bukan tentang ubi rebus itu sangat. Itu cuma pencetusnya, barangkali. Selebihnya, saat ini saya bagai merindukan zaman-zaman kepayahan itu lebih dari selalu-selalunya.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com43tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-44042815614507326342009-04-01T08:27:00.002+08:002009-04-01T09:36:26.702+08:00Cerita Djalut Bagaskara - Episod 3, 4 & 5
Episod 3

Jalan pintas di pojok pusat pentadbiran kerajaan baru Hujung Madini itu agak tersembunyi. Kami berempat. Semuanya lelaki, memenuhi tempat duduk kenderaan pacuan empat roda Djalut Bagaskara itu. Kereta dia, dialah yang melayaknya memacu.

"Kalau kita berempat ini ok-lah, tapi kalau kau bawak sorang-sorang, aku tak galakkan kau lalu jalan ini." Saya.

"Kenapa?" Djalut.

"Bahaya, takut nanti kau kena rogol." Saya.

Serius. Saya tidak bergurau. Tiada lagi tempat yang betul-betul sempurna selamat di muka bumi ini. Di mana ada manusia, di situ tetap akan ada kejahatan. Di situlah, di jalan tersembunyi itulah, seorang gadis pernah menjadi mangsa rogol tak berapa lama dahulu.

Episod 4

Bosan juga kalau hari minggu tidak diisi dengan aktiviti yang boleh menyebabkan kami terhibur, sedikit sibuk atau terjauh dari rasa bosan. Jadi, Djalut Bagaskara membawa saya ke sebuah kedai RM2. Saya ikut masuk dan tengok-tengok juga.

Keluar dari kedai itu, di tangan Djalut Bagaskara ada sesuatu, buntalan kecil. Salah satunya membuat saya agak teruja.

Djalut Bagaskara membeli sesuatu, dam ular & tangga, mana tahu mungkin bisa menghalau kebosanan kami.

Hehehe.

Episod 5

Di kedai RM2 yang rata-ratanya Made in China itu juga Djalut Bagaskara juga membeli setin kecil WD40. Saya tidak bertanya apa tujuannya dia membeli material itu. Adalah barang-barang dia yang berkarat atau ketat agaknya.

Sampailah malam itu. Kami ingin keluar makan ke kota JB. Dengan kereta pacuan empat roda dia itulah. Di tempat duduk sebelah pemandu itu, lengan saya terasa berminyak semacam. Dan hidung saya dicucuk dengan bau yang kurang sedap. Macam bau minyak diesel pun ada, macam bau minyak tanah pun ada.

Djalut, Djalut. Kalau iya pun nak bagi kilat kau punya dashboard atau panel pintu kereta kau itu, kau kena pakai silikon bukan WD40.

"Ye ke?" Djalut Bagaskara.

Djalut, Djalut.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com34tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-27864790493067025172009-03-29T16:27:00.000+08:002009-03-29T17:04:32.540+08:00Cerita perasan tak habis-habis!
“Isk! Terperanjat betul I!”

“Kenapa?”

“Ingatkan jari siapa tadi, rupanya jari I...”

“Eleh! Sudahlah!”

Orang kata, tengok jari pun boleh bikin orang jatuh cinta. Itu orang katalah. Bukan saya kata.

Hahaha!

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com37tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-32529570932875032522009-03-21T19:27:00.002+08:002009-03-21T20:19:50.147+08:00Cerita Djalut Bagaskara - Episod I dan II
Minggu lepas. Sepanjang saya menyempurnakan tugasan saya di Hujung Madini, saya menumpang di rumah sahabat baik saya. Djalut Bagaskara namanya.

Episod I
Sahabat saya ini tak suka menggosok baju kemeja. Malas dan leceh katanya. Tapi masih mahu nampak smart dan bergaya.

Hari itu dia mencapai seterika. Tapi sekejap betul dia menggosok kemejanya. Kagum juga saya dengan kepantasannya menggosok baju itu.

"Aku gosok sebelah depan jer. Sebelah belakang tak payah, orang selalu tengok depan jer, lagipun nanti bila duduk dalam kereta, sebelah belakang renyuk juga..."

Bijak juga idea sahabat saya ini kan? Hehehe!

Episod II
Saya menemani Djalut Bagaskara mencari seluar jeans Levi’s.

Mula-mula kami ke gedung Levi’s di JB City Square. Semua potongan sudah dicuba. Tapi tak jumpa saiz. Dia semacam sudah berputus asa dan mahu membeli jeans jenama lain pula.

"Kau kena beli Levi’s jugak. Kalau kau pakai jeans lain samalah macam kau tak pakai seluar langsung." Saya memperdaya sahabat saya itu.

"Hahaha." Sahabat saya itu gelak. Entah betul-betul, entah dibuat-buat.

"Aku kalau pakai jeans lain, gatal-gatal punggung aku, tapi pakai Levi’s ke, Guess ke, ok pulak." Hahaha. Saya cuba memperdaya dia lagi. Saya bergurau saja sebenarnya.

Kemudian kami ke Aeon Tebrau City pula. Ke gedung Levi’s juga. Gedung sudah hampir mahu tutup. Kali ini ada saiz tapi macam kelakar-lah pula. Maklumlah dari segi tinggi dan saiz kaki, dia memang lebih kurang sama saja dengan saya. Cuma ada anatomi tubuhnya yang sangat begitu ketara menonjolnya. Kalau tengok dari belakang tak perasan sangat, tapi kalau tengok dari depan atau tepi memang jelas. Hehehe.

"Cuma dua pilihan saja yang kau ada. Samada kau sedut dulu lemak kat perut kau tu atau kau suruh kilang Levis’s buatkan saiz khas untuk kau."

"Hahaha."

Bijak kan idea saya ini? Hehehe!

Nota: Djalut Bagaskata itu itu bukan nama sebenar. Kalau saya taruh nama sebenar, takut nanti bila dia google-kan nama dia, terjumpa pula blog ini. Habislah saya kalau dia tahu. Hehehe.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com41tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-17295632347441793142009-03-16T12:27:00.003+08:002009-03-16T12:49:44.710+08:00Cerita Pakcik Qusnan Munazarif
Hari itu, secara waras saya mencelah-celah dalam keserabutan manusia di dalam kota Mid Valley itu. Sesudah menjamu selera di Pulau Pinang Kenit, haluan saya adalah ke gedung buku MPH.

Dia mengagumi ilmu Egyptology [Mesirologi?]. Dan di situ, kebetulan pula, di jejeran para paling hadapan, di satu pojoknya, saya menemui sebuah buku, atau mungkin lebih sempurna kalau saya sebut ensaiklopedia, Ancient Egypt, yang semacam terbiar. Isinya segala-galanya tentang Mesir. Sejarahnya, ketamadunannya, kemisteriannya, dan entah apa-apa lagi. Memang menarik juga. Kalau saya yang jarang terpikat dengan 'Mesirologi' itu pun bagai dipaku-paku mata saya menyoroti setiap helaiannya, apatah lagi dia yang memang agak mentaksubi bidang itu.

Kulit luar ensaiklopedia itu mengelupas sedikit di satu sudut di bahagian atasnya. Tapi tidak mencacatkan langsung keperibadian buku itu saya rasa, apatah lagi meluakkan ilmu di dalamnya. Tapi seingat-ingat saya, dia amat mementingkan kesempurnaan sesebuah buku, bukan sahaja isinya tetapi kulitnya juga. Saya tahu itu. Sebab bukan sehari saya kenal dia.

Saya mendekati kaunter pusat perkhidmatan pelanggan. Seorang gadis yang agak manis juga melayan saya. Gadis itu melayan saya begitu baik dan mesra sekali. Bagus kemahiran perhubungan awamnya. Tak sia-sialah MPH mengambil dia sebagai pekerja. Kerana pengelupasan kulit buku yang tak seberapa itu, dan tiada lagi buku serupa itu ditemui ketika itu, di para yang sepatutnya itu, saya ditawarkan diskaun 10% untuk buku itu. Ok-lah kalau macam itu. Cuma satu saja agaknya yang buat saya berkecil hati sedikit. Segan pula untuk saya ceritakan di sini. Hehehe. Begini, adakah patut dia panggil saya ‘pakcik’. Sampai hati sungguh. Kalau rasa malu sangat nak panggil ‘abang’ [hahaha!] panggil sajalah ‘encik’ atau ‘saudara’. Hehehe!

Sejak hari itu saya sedar dan insaf, saya dah tua rupanya. Hahaha!

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com49tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-33613851215441897792009-03-09T16:27:00.005+08:002009-03-10T08:55:20.463+08:00Cerita Aku Balik Muor - Siri 15 [Dari Tanjung Emas ke Tanjung Puteri]
Saya menyempurnakan beberapa hari; hari minggu dan hari cuti saya dengan menziarahi bumi tempat saya dilahirkan, menelusuri jalan-jalan lama sehinggalah sampai ke daerah paling selatan. Namun tidak semua gambar-gambar mampu saya paparkan di sini. Hanya 7+2 gambar.

Ini sekolah rendah saya dahulu. Ditubuhkan pada 1943 kalau tak silap saya. Sayu menggigit jiwa dan perasaan saya sewaktu berdiri dan menatap bangunan sekolah ini. Saya tak punya kata-kata yang tepat untuk menjelaskan kenapa.

Memang kurang sempurna kalau kepulangan saya ke Parit Jawa tanpa menjamu masakan kesukaan saya. Kali ini di kedai asam pedas Mak Pon berhampiran jeti nelayan Parit Jawa. Apa lagi kalau bukan asam pedas ikan mayung! Makanan saya ditaja sepenuhnya oleh seorang tauke nurseri di Parit Jawa, hehehe. Saya tak mahu mengulas apa-apa. Kalau ingin tahu kelazatannya, sila datang dan cuba merasainya sendiri ya....

Inilah gerai apam balik Muor yang saya ceritakan hari itu. Lihatlah pelanggan-pelanggan yang berpusu-pusu, setia dan sabar menunggu itu. Sebahagian besarnya datang dari luar daerah Muar termasuk dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Antara bangunan klasik dan berjiwa di Bandar Maharani yang menjadi kesukaan saya. Saya sudah lama jatuh hati dengan seni bina dan seni reka bangunan ini. Bangunan ibu pejabat polis trafik daerah Muar.

Restoran Super Bariani Gam ini terletak di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat. Saya dijamu oleh seorang kontraktor dan tuan punya sebuah nurseri di Batu Pahat. Pertama kali di dalam hayat, saya menyentuh beriani kambing. Pergh! Saya tidak segan-segan meminta nasi tambah!

Restoran ini saya panggil 'Restoran Kepala Lori' kerana dekorasi kepala lori terpakai di hadapan kedainya. Menarik. Terletak di pinggir jalan lama Batu Pahat - Yong Peng. Saya cuma berhenti sekejap, menatap, mengagumi kekreatifannya lalu mengabadikan gambarnya.

Hari hampir senja. Saya singgah sekejap di Ayer Hitam. Pusat seramik yang sudah lama terkenal di Johor. Saya melayan langkah kaki saya dari pangkal sampai ke hujung kemudian semula ke pangkal jejeran gerai-gerainya. Saya membeli 3 paket kerepek untuk saya kunyah sambil meneruskan pemanduan saya.

Saya menyinggahi gerai Jo Gulai Sembilang di Gelang Patah. Pilihan masakan asam pedas yang enak dan berjiwa. Gerai agak sarat dengan pencinta asam pedas sewaktu saya sampai. Selain asam pedas ikan sembilangnya, juga terkenal dengan asam pedas ikan merahnya.

Saya sempat singgah sekejap di Pameran & Festival Landskap di Hutan Bandar di Mutiara Rini, Skudai. Saya bergegas meninggalkan tapak itu bila titis-titis gerimis mula menimpa bumi. Antara yang membuat saya terpesona adalah Laman Melayu Johor dan Rumah Limasnya.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com52tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-62336001543589053292009-03-02T12:27:00.010+08:002009-03-02T16:29:36.458+08:00Cerita ini belum bertajuk.
27hb Feb – 1hb Mac 2009. Tiga hari yang berjiwa. Saya pulang ke ibukota. Atau berada sekejap di ibukota secara tepatnya.

Dah tua-tua pun nak tiup-tiup lilin bagai. Hahaha! Kek Coklat Chip Walnut dari Resepi Rahsia. [Tiga lilin. 3 lilin x 9 tahun = 27 tahun. Jangan percaya. Hahaha!] Terima kasih kepada Puteri Kraton atas sumbangan kek.

Makan tengahari rasmi di Rumah Makanan Sunda, KLCC. [No pork, no lard, halal] Tapi saya agak terkilan sedikit sebab lodeh kesukaan saya sudah kehabisan.

Menziarahi Dino Trek di Petrosains. Ada seekor dinosaur tengah gelak sampai tergolek-golek bila saya datang. Entah apa yang kelakar sangat entah. Tapi memang comel sungguh.

Oh ya. Saya juga berkesempatan bertegur sapa dengan Pak A. Samad Said, idola saya di Kinokuniya, KLCC sewaktu beliau sedang asyik memilih buku.

Malam [27+1]hb Februari 2009.

Konsert Alam Muzik M Nasir. Istana Budaya, KL.

Konsert yang saya tunggu-tunggu sekian lama. Sememangnya saya jarang ketinggalan menyaksikan konsert-konsert Sifu sebelum ini. Apa lagi yang mampu saya katakan. Saya tak punya kata-kata untuk menghuraikan segalanya. Konsert yang penuh berjiwa. Hebat dan mengasyikkan.

Biarpun saya kunjungi Istana Budaya malam itu dalam situasi yang agak kurang selesa pada mulanya bila diduga dengan mukus cair yang semacam enggan berhenti mengalir dari rongga hidung saya dan batuk-batuk nakal yang sesekali menyengat, tapi melihat kelibat Sifu segalanya itu bagai terusir jauh.

Ya, saya cukup puas. Persembahan yang nyata mewarnai cakrawala pemikiran saya, membius jiwa saya. Saya tenggelam dalam getar-getar keasyikan. Dan malam itu terasakan begitu cepat berlalu.

Terima kasih Sifu. Terima kasih Puteri Kraton yang sudi menghadiahkan pas masuk X27 yang eksklusif itu. Saya sayang kamu b. Saya sayang kamu Sifu. Kamu menjadikan tarikh 27hb Februari 2009 saya penuh jiwa. Sarat dengan makna.

Sesungguhnya.

Cuba teka siapa jejaka ini? Clue-nya, beliau seorang jejaka yang sangat pemalu. Hahaha!

Buah tangan dari Konsert Alam Muzik M Nasir. Kemeja -T hitam, kole dan pad tetikus. Yang eksklusif dan berjiwa. Jika kamu peminat tegar Sifu, saya amat memahami jika kamu merasa cemburu melihat buah tangan ini.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com43tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-39091703865000895482009-02-27T07:27:00.007+08:002009-02-27T09:41:30.942+08:00Cerita Februari 27
Hari ini, jumaat, 27hb Februari, jam 1.20 pagi, 27 tahun yang lampau [itu belum dicampur beberapa tahun lagi. Hehehe!] seorang manusia, jantinanya lelaki, comel dan sangat pemalu [hahaha!] telah sempurna dilahirkan ke dunia.

Hari ini, 27hb Februari 2007+2, beliau ingin mengucapkan terima kasih yang tak bernoktah kepada Allah SWT yang maha besar kerana telah menciptakan beliau sebagai seorang manusia dan sehingga ke saat ini masih mengizinkan beliau untuk terus bernafas menghirup udara alam. Alhamdulillah.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada emak beliau yang telah meminjamkan ruang rahim dan menghalalkan setiap titis susunya. Kepada abah beliau yang tak pernah mengira sudah berapa banyak keringatnya yang menitis demi membesarkan beliau. Kepada kedua-duanya yang tanpa pernah jemu mencurah nasihat, kasih-sayang dan mecorakkan beliau menjadi seorang manusia.

Juga terima kasih dan penghargaan istemewa beliau buat Puteri Kraton atas jiwa, pengorbanan, keperihatinan dan kasih-sayangnya selama mengenali beliau.

Juga kepada semua manusia yang pernah, sedang dan akan sentiasa memberi makna dan pengertian di sepanjang kehidupan beliau.

Selamat menyambut hari ulang kelahiran kepada beliau. Kata beliau, biarlah hidup cuma untuk sesaat saja lagi tapi penuh jiwa, dari hidup untuk seribu tahun lagi tanpa memberi apa-apa makna.

"Mengingati detik kelahiran jangan sampai lupa mengingati detik kematian..... "

Nota pusat: Terima kasih kepada sifu M Nasir yang akan mengadakan Konsert Alam Muziknya, 27hb Feb - 1hb Mac ini di Istana Budaya, KL.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com43tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-83099186948280443692009-02-16T07:27:00.003+08:002009-02-27T08:44:16.349+08:00Cerita ini mempunyai tajuk yang lebih panjang dari isi kandungannya tapi isi kandungannya mempunyai tafsiran yang lebih panjang dari tajuknyaKadang-kadang. Ini bukan pilihan tapi harus dijalani.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com43tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-65452351653579381332009-01-29T13:27:00.001+08:002009-01-29T14:34:37.183+08:00Cerita tersimpul, tak bergeser dari posisinya.
Saya kembali.

Saya ingin mengemaskini blog ini dengan cerita-cerita saya seperti dulu tapi dalam waktu terdekat ini saya jarang berkesempatan menyinggahi blog ini apatah lagi menyinggahi blog rakan-rakan semua. Kalau ada pun secara senyap-senyap dan tanpa jejak.

Tugas yang sangat menyita waktu saya. Ruang-ruang lompong sangat terbatas. Ruang-ruang masa sering disarati dengan diskusi, presentasi dan mesyuarat yang berat dan memenatkan. Kalau ada pun ruang lompong untuk saya, adalah masa untuk saya merehatkan minda sambil melayan kebisuan di sekeliling, atau menyempurnakan lelap dan mimpi yang semakin pendek durasinya.

Kadang-kadang saya sangat rindu untuk memblog seperti waktu dulu. Perasaan itu kadang-kala datang, membius dan menyayat jiwa.

Tapi begitulah. Saya cuba akur dengan kenyataan. Memetik kata-kata Lintang Sugianto, "Manusia yang baik adalah manusia yang patuh pada kenyataan."

Yang pasti, saya sedang cuba untuk belajar mengenal cahaya yang polos tanpa rahsia.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com51tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-71187163150350416442009-01-15T13:27:00.005+08:002009-01-21T18:39:37.631+08:00Cerita di Bumi Yang Asing
Malam tadi.

Di daerah yang terasing dan tersembunyi ini, kami, bertiga, lelaki-lelaki yang kejemuan, dahagakan hiburan. Kami dipagari pekan usang, belantara, lautan dan selat. Manusia di sekeliling kami kebanyakannya adalah lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Vietnam yang bersidai di tepi kaki-kaki lima bangunan dan berkeliaran di jalanan.

Kedai Makanan dan Minuman Wang Seng. Meja dan kerusi restoran di susun rapat-rapat, di petak-petak tempat letak kereta dan di tepi-tepi jalan [Ya, penguasa majlis berkuasa tempatan di daerah ini sangat bertimbang-rasa agaknya]. Kami memesan 100 Plus. Kami bersembang panjang-panjang. Objektif kami cuma satu. Mengusir kebosanan. Bukan menggatal dengan GRO separuh umur berseluar pendek dan bersinglet, atau menghirup air kencing syaitan.

Suasana bingit. Bunyi muzik berbaur dengan perbualan manusia di sekeliling yang kami langsung tidak faham pangkal dan hujungnya.

Malam tadi artis jemputan restoran itu adalah Coco. Jangan tanya saya siapa Coco, apa lagu popularnya, atau sudah berapa banyak albumnya di pasaran. Saya tak tahu. Saya pun tak mahu ambil tahu. Saya cuma mengetahui namanya dari kain sepanduk yang tergantung di bangsal pentas karaoke itu. Seusai menyanyi, pelanggan-pelanggan restoran itu yang rata-ratanya apek-apek dan nyonya-nyonya beria-ia bertepuk-tepuk tangan, gembira. Persembahan Coco diselangi nyanyian apek-apek dan nyonya-nyonya. Entah lagu bahasa apa entah. Bahasa Vietnam mungkin.

Kasihan sungguh kami.

Ha ha ha!

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com44tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-25909408975815261652009-01-08T09:27:00.001+08:002009-01-08T18:13:29.649+08:00Cerita Dari Jendela Kaca Lot 27
I
Di perbukitan ini
Indah, dingin
Dan senyap

Segalanya baru

II
Kota ini. Meski bukan sesenyap yang ku sangkakan. Tapi masih pemalu. Penuh rahsia.

Namun dalam kesopanannya. Rupanya ia liar. Penuh nafsu

Dan baru kutahu. Kota ini. Bukan perawan lagi.

Kota ini, permata yang hilang.

III
Hidup ini kadang-kadang amat melucukan.

Contohnya, bila sudah saban hari, tujuh hari seminggu kamu merelakan dalam paksa, hidup di dalam suasana terkejar-kejar, bersesak-sesak dan berjejal-jejal di jalanraya, menjadi sebahagian dari punca keserabutan dan keseliratan kehidupan kota, sehingga bagai sudah menjadi budaya kehidupan kamu, kamu akan menjadi semacam terasa kehilangan sesuatu bila di suatu pagi yang lain, di suatu hari yang lain, kamu mendapati suasana terkejar-kejar, bersesak-sesak, berjejal-jejal, keserabutan dan keseliratan itu sudah tiada lagi, seolah-olah semuanya itu sudah pergi jauh dari kehidupan kamu. Kamu bagai dilahirkan semula di dunia yang lain.

Saya tidak pasti samada itu boleh disebut sebagai sesuatu yang amat melucukan-yang tidak dapat dirasai secara sentuhan lahiriah-yang kadang-kadang seperti berada di dalam satu segmen dari sebuah mimpi yang panjang, yang belum pasti bila kesudahannya.

Tapi saya semakin mula menyedari, kehilangan sebenarnya adalah sesuatu bentuk hikmah yang amat seni dan luar biasa sifatnya.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com27tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-69276930502971394522008-12-27T15:27:00.006+08:002008-12-27T16:15:10.896+08:00Cerita Syurga di Tapak Kakinya.
Saya bukan bermaksud apa-apa bila menulis catatan serupa ini sekali lagi. Cuma saya masih belum jemu untuk bersimpati dan berkongsi apa yang saya rasa.

Wak Nah. Ibu tua itu. Ibu malang yang dipinggirkan oleh anak-anaknya sendiri. Ibu yang hidupnya penuh luka di dadanya. Dia bukan emak saya. Saya mengaku, saya pun bukan seorang anak yang terbaik untuk emak saya, tapi sekurang-kurangnya saya sangat menghargai emak saya dan tak sanggup hatinya terluka sedikit pun. Sesiapa pun yang masih punya sifat kemanusiaan di dalam dirinya, saya rasa, memang wajar untuk merasa hiba bila melihat keadaan Wak Nah itu. Dosa apalah agaknya yang telah Wak Nah lakukan, sehingga tergamak dia diperlakukan sebegitu, oleh anak-anaknya sendiri.

Petang itu. Di wad 5. PC1, Tgkt 2, Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Emak, adik-adik dan saya. Sewaktu kami sampai di wad itu, Wak Nah sedang terbaring, senyap menatap langit-langit kamar, sebelum bangun dan duduk bersila menyambut kami dengan wajah yang hiba dan butiran-butiran jernih yang mengalir dari sudut matanya.

Wak Nah. Diam, cuma sesekali bersuara. Sayu. Sarat dengan keharuan. Saya melihat tulang-tulang di tubuhnya semakin jelas. Dia semakin cengkung.

Jururawat memberitahu kami, Wak Nah baru sahaja sehari dipindahkan ke katil itu, katil untuk pesakit yang sudah boleh keluar kerana Wak Nah sudah agak pulih dan sepatutnya sudah boleh pulang sehari sebelum itu. Tapi, tiada seorang pun anak-anaknya yang mengambil tahu apatah lagi datang menjemputnya pulang.

Wak Nah mengadu kepada emak, dia lapar. Seharian dia tidak menjamah apa pun kerana pihak hospital tidak menyediakan makanan untuk pesakit yang ditempatkan di situ. Di sisinya cuma ada sebuah beg plastik lusuh berisi pakaiannya dan sebotol air mineral. Emak meminta adik saya membelikan makanan untuknya. Dan petang itu juga kami menelefon anak perempuan bongsu Wak Nah meminta segera datang dan membawa emaknya pulang.

Kebelakangan ini, kehidupan Wak Nah semakin tidak terurus. Sering sakit-sakit. Sudah keluar-masuk hospital itu beberapa kali. Malah Aidil Adha yang baru lepas pun Wak Nah di wad itu, tanpa seorang pun anak-anak yang menjenguknya. Bermacam-macam alasan yang dikirim anak-anaknya. Alasan yang paling tidak munasabah adalah hari hujan dan tidak sempat. Padahal bukan tinggal berjauhan, di dalam Muar juga! Dan masing-masing punya kereta!

Entah. Bagaimana jiwa seorang anak tak mampu bergetar sedikit pun melihat ibu sendiri dalam keadaan begitu. Saya tidak punya jawapannya. Kalaulah saya mampu, saya tidak ingin bersangka buruk terhadap anak-anaknya.

Sebelum balik emak memeluk dan mencium pipi Wak Nah. Wak Nah menangis lagi. Kedua-dua mata emak basah. Selama ini, emaklah yang paling rapat dengan Wak Nah dan yang paling dapat membaca dan meresap segala kedukaan Wak Nah.

Lewat petang itu, kami meninggalkan Wak Nah bersama sebuah sepi dan lukanya yang kami sendiri belum pasti bila akan berpenghujung.

Buat anak-anak Wak Nah, kalaulah kamu semua terbaca catatan ini, maafkan saya. Bukan niat saya untuk mengaibkan kamu semua. Bukan juga mahu berlagak bagus dan mulia. Cukup-cukuplah dari terus meminggirkan ibu tua itu. Itu ibu kandung kamu. Tidakkah kamu semua merasa penat terus-terusan memperlakukan ibu kamu sendiri sebegitu. Bukan syurga saya, bukan syurga adik-adik saya di bawah telapak kaki ibu tua itu, tapi syurga kamu semua.

"Ya Allah, sinarkanlah cahaya petunjuk-Mu pada anak-anaknya, ya Allah. Jangan Kau tunda-tunda lagi. Kasihanilah Wak Nah ya Allah."

Buat semua sahabat blogger, Salam Maal Hijrah 1430. Semoga tahun baru ini menjanjikan lebih keberkatan dan kerahmatan buat kita semua.

Semoga kita semua terus diberi petunjuk untuk berhijrah kepada lebih kesempurnaan dan kebaikan, di jiwa dan di minda, untuk dunia dan untuk akhirat. Insya-Allah.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com64tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-87482407224179715582008-12-22T14:27:00.003+08:002009-01-21T11:17:55.723+08:00Cerita aku balik Muor - Siri 14
Kami ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Melawat kedukaan dan kesakitan Wak Nah yang belum ada noktahnya. Hospital itu sudah seperti rumah keduanya.

"We cannot put days in their life but we can put life in their days." Kata-kata yang saya cuplik dari dinding wad berhampiran katil Wak Nah.

Riwayat sarung bantal. Di penghujung usianya masih belum jemu berbakti, walaupun sebagai gombal.

Apam balik gerai bro' di lorong belakang kedai Toko Buku Manap [sekarang sudah jadi kedai cermin mata]. Dah lama terkenal. Seingat-ingat saya gerai itu sudah wujud sejak saya masih bersekolah dulu-dulu. Tak percaya, tanyalah Muor76.

Gambar ini dan gambar-gambar di bawah ini bukan di kampung saya. Di Muar pun bukan. Saya sempat mengintai projek pembangunan di Pusat Pentadbiran Baru Negeri J0h0r [J5NAC] di Nusajaya. Seni binanya punya sentuhan kejohoran yang memikat jiwa saya.

J5NAC menempatkan Dewan Undangan Negeri, Kompleks Jabatan Kerajaan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Negeri, Plaza Dataran Mahkota juga Kompleks Jabatan Kerajaan Persekutuan.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com53tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-90447616199077152142008-12-16T09:27:00.008+08:002008-12-19T12:57:13.956+08:00Cerita sendiri-sendiri, diam-diam.I
Kelmarin. Le Fort De Malawati. Kuala Selangor.<?xml:namespace prefix = o /><o:p></o:p>
<o:p></o:p>Saya sendiri-sendiri. Diam-diam.

Dan di tangan saya buku The Monk Who Sold the Ferrari.<o:p></o:p>

Bongkah-bongkah batu empat persegi, tersusun rapi. Jejeran pepohon Samanea saman ratusan tahun. Meriam-meriam bersejarah yang pegun dan usang. Desiran angin yang berhembus perlahan, lembut dan dingin. Dedaun Gardenia carinata berbisik perlahan, gemersik. Haruman Mimosup elengi menyapa sopan. Matahari tersembunyi di balik daun-daun Ficus sp.<o:p></o:p>

“The best man does not always win.”<o:p></o:p>

<o:p></o:p>“The purpose of life is a life of purpose.”<o:p></o:p>

<o:p></o:p>“Life doesn’t always give you what you ask for, but it always gives you what you need.” <o:p></o:p>

<o:p></o:p>Kata Robin Sharma dalam bukunya itu. <o:p></o:p>

"It is not what you will get out of the books that is so enriching, it is what the books will get out of you that will ultimately change your life." Katanya lagi.

Hmmm...<o:p></o:p>

II
Malam minggu. Rumah Pena. MASKARA - BALAK MALAYA. <o:p></o:p>

Saya sendiri-sendiri, diam-diam.<o:p></o:p>

Kali ketiga saya hadir. Pertama dulu, semasa blook Gangguan Teksual. Kedua, semasa Shorties dan buku antologi Romlah – The Untold Stories. Yang ketiga ini sebab Ajami menjadi MC-nya. <o:p></o:p>

Saya malu-malu. Tapi sempat juga menyapa dan bercakap tujuh lapan perkataan dengan tujuh lapan blogger yang saya kenal dan bersembang tujuh lapan ayat dengan blogger yang saya sudah biasa.

Durasi persembahan tiga jam berbagai <?xml:namespace prefix = st1 /><st1:city><st1:place>gaya</st1:place></st1:city> dan warna itu berbaur dengan unsur-unsur keselambaan, keasyikan, kesinisan, kelucuan, keresahan dan macam-macam. Tapi secara jujur, pengisian program malam kelmarin membuat saya 77% seronok. Sebab apa ia membuat saya 77% seronok? Haah.. Ini yang kita tak tau! [Tiru dialog En Amran dalam filem Los & Faun. Ha ha ha!] <o:p></o:p>

Apapun, tahniah untuk Maskara. Tahniah untuk Soljah!<o:p></o:p>

Errr... Lupa. Tok Rimau, terima kasih atas nasihat Tok pada saya itu. He he he!<o:p></o:p>
<o:p></o:p><o:p></o:p>

TTFN<o:p></o:p>

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com30tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-56362001789803656482008-12-07T07:27:00.003+08:002008-12-10T17:20:44.710+08:00Cerita sehari sebelum Idul Adha
I

Encik Yunus Badawi telah mengetag saya. Tentang work station. Nampaknya imuniti saya tak menjadi. Tak apalah. Saya jawap juga. Saya kan sporting orangnya. Terima kasih kepada En YB yang sudi mengetag saya.

"Syarat yang diberikan untuk tag ini adalah:
Snap work station anda. Kemudian taruh link blog anda di bawah gambar work station anda iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada. Lihat contoh yang dibuat, begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok... Sekiranya tag ini berkembang, pasti akan ada banyak link-link di bawahnya, kalau tak, terencatlah dia... ha ha ha... Akhirnya, tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass-lah pada siapa-siapa.."

Saya seorang yang degil, jadi saya tak nak ikut kesemua syarat-syarat itu. Bukan apa. Sebab saya tak berapa faham sangat syarat-syaratnya. Apa entah.

Saya rasa saya nak tag tujuh orang ini. Phoebe Cates, Muor76, Ajami, Addyaholix, Cikin, Kak Tiny dan Ustaz Habiha

II

Ekonomi global dalam keadaan yang sangat tidak menentu. Di serata pelusuk dunia. Dan manusia diingatkan berbelanjalah secara berhemah. Tapi saya degil sungguh. Semalam saya sudah berbelanja di Midvalley macam tak ingat dunia. Isk! Isk! Isk!

III

Selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua sahabat-sahabat blogger. Semoga segala ibadah kita di hari yang mulia ini dan segala pengorbanan kita ke jalan Tuhan diberkati-Nya. Insya-Allah.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com49tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-77255334174147382692008-12-04T07:27:00.008+08:002008-12-04T15:00:06.973+08:00Cerita Zombie Kampung Pisang, di Bukit Malawati
I

Muar.

Mohammad Haikal. Anak buah saya. Yang pernah kemaruk basikal itu. Asyik sungguh dia menonton Zombie Kampung Pisang. Sekali lagi. Tanpa jemu. Dan saya sudah penat mengira untuk ke berapa puluh kali entah dia menonton cerita itu.

Memang asyik sungguh dia. Sungguh-sungguh. Bagai tiada apa dan tiada siapa yang mampu menganggu penumpuannya dari kaca tivi itu. Entah apalah yang membuat dia terpukau sebegitu sekali menonton karya Mamat Khalid itu.

Saya mendekatinya, duduk di sampingnya, dan mengusap-usap rambutnya. Seingat-ingat saya, sudah lebih sebulan dia tidak bertemu dengan ayahnya.

Entah kenapa tiba-tiba saya rasa terusik, rasa terganggu.

Dan dalam diam Zombie Kampung Pisang itu mula meresap dan menyentuh jiwa saya. Sangat-sangat. Tapi bukan sebab ceritanya, bukan sebab Haikal. Sebab yang sukar untuk saya nyatakan dengan kata-kata.

Haikal termenung di tangga anjung mengenang nasib diri.

II
Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Saya melihat seorang anak kecil bermain-main pasir, simen dan bongkah-bongkah batu. Sedang ayah dan ibunya bergulat dan berkeringat menyiapkan longkang.

Apa agaknya yang terlintas di fikiran kamu bila melihat situasi seperti di gambar ini?

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com44tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-70687752346801582982008-11-30T15:30:00.007+08:002008-12-01T18:35:12.102+08:00Cerita Tiga Puluh Haribulan November Dua Ribu 1 + 7
Salam.

Jowopinter. Blog ini selalu-selalunya adalah suara jiwa saya. Kadang-kadang tempat berkongsi kelucuan, kekalutan dan keceriaan, saya dan manusia di sekeliling. Kadang-kadang tempat saya melepaskan resah, emosi dan melampiaskan keserabutan saya. Sesekali menjadi tempat saya menjentik fikiran kalian dengan cerita-cerita tersirat yang berlapis-lapis maksudnya.

Kadang-kadang secara sengaja atau tidak, saya mengumpil kisah-kisah manusia [tepi kain orang lain?], cerita Sepiring lauk basi dan Satu hari di Hari Raya - II, misalnya. Maafkan saya, bukan itu niat saya. Juga cerita [motivasi?] berdasarkan kisah hidup sendiri di Alon-alon anggger kelakon I dan Alon-alon angger kelakon II. Dan pernah juga cuba-cuba berpuisi, Cerita Hajjah Tukinah untuk Nurul Balqish dan Nur Sabrina dan Cerita kota kuala berlumpur bersuara, misalnya. Dan pernah juga pendapat-pendapat saya dalam cerita B-E-B-A-L, Gondolisme dan Siapa monyet? Siapa beruk? misalnya, mengundang salah faham yang melampau. [Saya merujuk kepada topik benang di Forum mykmu.net]

Blog ini pernah membuat saya rasa ceria, pernah membuat saya rasa celaka, pernah membuat saya rasa selamba, pernah membuat saya rasa entah apa-apa. Pernah membuat saya keletihan dan kepenatan. Cerita-cerita suka dan duka; warna-warna gelap, cerah dan kelabu; emosi indah, resah dan gundah; berbaur menjadi satu.

Blog ini bukan apa-apa. Picisan. Cerita yang biasa-biasa, yang entah apa-apa. Sebab saya pun bukan siapa-siapa. Saya tidak pernah berangan menjadikan blog ini menjadi sangat filosofikal. Kadang-kadang melalui blog ini saya menemui katarsis – kelegaan emosi. Sesekali escapism. Walaupun ada kalanya mungkin seketika cuma.

Hari ini, jam ini, minit ini dan saat ini, genaplah tiga tahun usia blog Jowopinter ini.

Blog ini sudah menemukan saya dengan kalian semua, sahabat-sahabat blogger saya. Ulasan-ulasan kalian dan sembang di peti sembang sering membuat saya tersenyum dan ketawa, sehingga kadang-kadang saya memerlukan usaha yang keras untuk memberhentikan senyuman dan ketawa saya. Juga bisa membuat saya tersentuh, sering berfikir dan berfikir, bukan sekali, tapi berkali-kali.

Kepada kalian semua yang sudi menjadi sahabat blogger saya, juga kepada semua pengunjung senyap – itu pun kalau ada - yang sudi singgah dan mengintai blog saya dan membaca cerita-cerita saya. Terima kasih. Syukran. Thank you. Kesuwun. Khawp khun khrap. Shukriya. Toa chie. Nandri. Arigato [Huh! Perasan sungguh saya. Macam-lah ada bangsa lain yang membaca repekan dan racauan saya di blog ini]

Seandainya masih diizinkan Tuhan, saya ingin terus bercerita di blog ini.

Segala yang baik datang dari Tuhan, segala yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Wassalam.

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com52tag:blogger.com,1999:blog-19444874.post-70471609304251587492008-11-17T08:27:00.002+08:002008-11-17T12:15:09.742+08:00Cerita seorang lelaki, seorang sahabat.......
Petang kelmarin. Hujan renyai-renyai.

Dia singgah di pejabat saya. Sewaktu saya sedang bergulat menyiapkan tugasan saya. Dia masih seperti dulu, cuma sudah agak berisi berbanding kali terakhir saya melihatnya. Kami bersalaman dan berpelukan. Walaupun pejabat kami sama-sama di KL, tetapi sudah begitu lama kami tidak berjumpa, apatah lagi bertukar-tukar cerita.

Dia sahabat baik saya, sejak di tahun pertama kami di universiti lagi. Kami mengambil kursus Sarjana Muda yang sama. Bezanya, cuma kami berlainan kolej kediaman.

Saya mempelawa dia masuk ke bilik saya, duduk mengadap meja kerja saya yang agak serabut dengan kertas kerja, buku-buku dan fail-fail. Kami bercerita, mengunjungi kembali kisah-kisah silam semasa di kampus dahulu. Diselangi gelak-ketawa, mengulangi kemesraan yang dulu. Nadanya berubah bila saya bertanya tentang rumahtangganya. Dia bagai terusik. Gelak ketawanya mengendur.

“Sorry, aku langsung tak tahu.... ....,“ kata saya, bila dia mula bercerita.

Dia, yang saya kenal, amat berahsia orangnya, tetapi petang kelmarin dia menjadi seorang yang berterus-terang. Katanya, dia sudah beberapa tahun berpisah dengan isterinya, Y. Saya memang mengenali Y, sejak di kampus lagi. Y junior kami, anak kota, dari keluarga berada. Berbeza dengan dia, anak kampung, orang susah, tiada bezanya dengan saya – sebab itu agaknya kami rapat. Mereka berkawan lama, lapan tahun, sebelum berkahwin. Namun semuanya sudah ketentuan Tuhan, siapalah manusia untuk mendustainya.

“Masa bercinta memanglah, berjanji sanggup hidup susah sama-sama. Realitinya, bila dah kahwin, payah nak cakap. Orang susah macam aku, tak apalah, memang dah biasa hidup susah. Tapi bagi orang yang dah biasa hidup senang, susah.......,“ katanya.

Dia bercerita, di tahun ketiga perkahwinan mereka, seorang lelaki – yang dia kenali, yang sudah punya isteri, sudah punya anak – senyap-senyap hadir di antara mereka. Kebahagiaan mereka terkocak. Rumahtangga jadi berantakan. Perbalahan kemudian menjalar kepada soal-soal lain. Keretakan semakin melarat bila Y keluar dari rumah, meninggalkan dia begitu saja, membawa bersama pembantu rumah dan satu-satunya anak mereka. Mereka tinggal berasingan sebelum akhirnya berpisah secara rasmi.

“Sakit dan sengsaranya masa mula-mula dia tinggalkan aku waktu itu Tuhan saja yang tahu. Hidup macam dah tak ada maknanya lagi. Macam orang dah hilang pedoman. Aku jadi tak terurus, badan kurus kering. Emak aku sampai menangis tengok keadaan aku waktu itu,“ luahnya, tenang tapi keharuan yang berkocak di dalam jiwanya masih dapat saya lihat dari riak muka dan bahasa matanya.

Nasib baiklah, katanya, salah seorang abang Y bersimpati melihat keadaannya waktu itu. Dia diperkenalkan kepada seorang ustaz. Dia mendekatkan diri kepada Tuhan sambil berubat dengan bermacam-macam zikir, dan doa-doa. Alhamdulillah, dengan izin Allah, perlahan-lahan dia pulih semula.

Perasaan saya dihambat keharuan yang sukar saya gambarkan sewaktu dia mula bercerita tentang anaknya. “Aku rasa sunyi sangat setiap kali aku balik rumah. Aku rasa kosong. Kalau boleh aku tak nak balik rumah. Aku teringat-ingat anak aku. Aku terdengar-dengar suara dia, menyanyi, ketawa, menangis. Aku terbayang-bayang dia memanjat-manjat gril, memanggil aku, melambai-lambai tangannya pada aku setiap kali aku balik dari kerja.

“Sampai sekarang pun, bila aku sunyi, aku ternampak-nampak anak aku tengah bermain-main di bawah tangga, tempat favourite dia. Aku terbayang-bayang dia duduk asyik di depan tivi melayan cerita kartun. Aku masih teringat lagi, suatu petang, dia tertidur di atas lantai di sebelah permainannya, kepenatan, menunggu aku balik kerja,” katanya, perlahan dan tertahan-tahan. Saya nampak ada air jernih yang meruncup di matanya.

“Dia seorang isteri yang baik sebenarnya. Tapi dah takdir. Aku tak salahkan dia seratus peratus. Aku pun bukan husband yang baik. Aku ada buat silap juga. Aku tak pandai jaga dia. Aku tak mampu bagi dia kemewahan.......

"Apa pun yang dia dah buat pada aku dulu, aku dah maafkan. Aku doakan dia bahagia. Aku tak nak simpan dendam. Memanglah, kalau nak diingat-ingat balik, memang sangat menyakitkan. Tapi dendam cuma akan membuat hidup aku tak tenteram, jiwa aku terus terseksa," luahnya.

Petang semakin lewat. Sudah hampir sangat di penghujungnya. Masa kami bersama itu berlalu, terasakan begitu pantas dan sekejap. Saya kemudian membawa dia minum di restoran berdekatan. Selepas minum, dia mahu terus pulang. Saya menghantar dia sampai ke pintu keretanya. Dia menyalami tangan saya dan kami berpelukan sekali lagi. Kali ini lebih erat, lebih akrab.

Hujan yang renyai-renyai masih belum mahu berhenti. Bumi semakin basah, semakin gundah.

[Aku rasa dah tiba masa kau mula hidup baru. Moga-moga ia akan buat kau lebih bahagia. Kambus dalam-dalam semua cerita silam yang penuh duka. Buka lembaran baru. Kau tetap ada anak kau, ada Dia, ada keluarga kau, ada kawan-kawan lain.......

Aku tahu kau membaca tulisan aku ini. Terima kasih kerana mengizinkan aku mengutip dan mengadaptasikan cerita hidup kau ke dalam blog ini. ]

TTFN

blackpurple @ jowopinterhttp://www.blogger.com/profile/11213448321686397726noreply@blogger.com68