tag:blogger.com,1999:blog-11219339.post-1141206094548558002006-03-01T16:40:00.000+08:002006-03-01T17:41:34.563+08:00"Mesin Basuh Mak Dah Rosak!"
Semalam, ketika sedang leka mengemob lantai dapur, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi.

"Tritt, tritt, tritt!"

Saya segera mendapatkannya dan pada skrin telefon itu tertera perkataan "BONDA".

"Helo, apa kahabar mak?"

"Khabar baik. P kat mana ni?"

"Kat rumah, tengah mengemas dapur. Ada apa mak?"

"Ooo..tak ada apa tapi...ni ha mesin basuh mak. Lepas membasuh airnya tak nak keluar! Aduuh..kain mak banyak nak basuh ni. Dua tiga hari ni, lutut mak sakit sangat. Nak membasuh hari ni mesin pulak buat hal. P tahu ke apa yang tak kena dengan mesin basuh tu?"

"Kalau bab mesin basuh ni tak tahulah saya pulak. Kalau setakat menyambung wayar atau plug tu, tahulah saya.." jawab saya sejujurnya.

"Lecehlah macam ni...", rungut mak saya lagi.

"Macam nilah, cuba mak tanya Mak Long kat depan atau anak dia ke, mintak tengokkan kalau-kalau dia orang tahu", saya cuba memujuk dan memberi jalan keluar kepada masalah yang dihadapi olehnya.

Setelah berbual tentang perkara lain seketika, mak pun mengucap salam dan saya membalasnya. Ketika mematikan telefon bimbit, saya pun terfikir, "Eh, kenapa pula mak sampai telefon saya beritahu mesin basuhnya rosak?" Yalah, walaupun saya ni belajar sampai ke U tapi rasanya mak pun tahu saya tidak pernah pula me'repair' mesin basuh sebelum ini. Manalah saya tahu!

Namun, rasanya saya mengerti apa yang tersirat di sebalik panggilan tersebut. Saya dah lama tak balik kampung. Sebelum ini, bila telefon sahaja, mak mesti bertanya bila nak balik kampung?

Hujung minggu lepas ada kenduri kahwin di kuarters tempat tinggal saya. Saya baru sahaja berpindah ke situ. Dahlah tak pernah keluar rumah kerana menjaga anak, nanti apa pula kata jiran-jiran, ketika kenduri kendara, batang hidung pun tak nampak. Nama baik isteri saya di kalangan teman-teman sekerjanya kenalah jaga juga. Minggu sebelumnya saya pula demam.

Barangkali orang tua saya dah rindukan anak, menantu dan cucunya. Atau pun minta diberi perhatian. Maklumlah hanya tinggal berdua dengan abah di kampung tu.

Panggilan mak itu betul-betul menganggu fikiran saya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja balik ketika itu juga untuk menjenguk keadaan kedua orang tua saya.

Inilah dilemma yang terpaksa dihadapi!

Bukan saya tidak pernah menolong orang tua saya. Ketika bekerja dulu, saya ini memang jenis orang yang tidak kisah dengan duit. Setakat mana yang boleh bantu, saya akan bantu. Tidak kiralah mak ayah mahu pun adik beradik.

Tapi itu dulu. Hakikatnya sekarang ini saya seolah-olah bergantung penuh kepada isteri saya. Makan pakai dialah yang tanggung semua. Masalahnya saya anak lelaki dan bergelar suami. Sebagai anak lelaki saya bertanggunjawab kepada kedua ibubapa dan sebagai suami sayalah sepatutnya menjadi ketua keluarga.

Aduh..adakah Tuhan sedang menduga saya? Apakah kasih sayang saya kepada orang tua hanya ketika berada atau berduit? Mana hendak diutamakan, orang tua atau anak-isteri saya sendiri? Apakah saya dan anak saya akan berterusan ditanggung oleh isteri saya?

Saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan-persoalan tersebut. Apa yang saya tahu, malam itu terpaksalah saya mengambil xanax sebelum tidur setelah sekian lama tidak mengambilnya.Rafie Yusofhttp://www.blogger.com/profile/07492181605883781151noreply@blogger.com